Bertengkar sebelum dicekik sampai mati

Bertengkar sebelum dicekik sampai mati

Remaja lelaki yang disyaki membunuh penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Nur Alya Damia Hairi,19, di Taman PD Permata, malam tadi, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Bertengkar sebelum dicekik sampai mati
Bertengkar sebelum dicekik sampai mati
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, reman terhadap suspek berumur 19 tahun yang juga bekas teman lelaki mangsa diperoleh di Mahkamah Majistret Port Dickson bermula hari ini hingga Khamis depan.

Beliau berkata, suspek ditahan di rumah sewanya pada 10.45 malam di Taman PD Idaman, Lukut selepas dipercayai mencampak mayat mangsa di tepi jalan.

ARTIKEL MENARIK:  Misteri penemuan mayat wanita bertudung akhirnya terbongkar


"Pihak polis hanya mengambil masa 15 minit (selepas penemuan mayat mangsa) bagi menjejaki remaja tersebut dan suspek dibawa ke mahkamah pagi ini serta perintah reman tujuh hari diperoleh," katanya di Port Dickson, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman PD Idaman selepas dijemput suspek dengan menaiki Proton Wira dan mereka dikatakan pergi ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.


"Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya," katanya.

Mohd Faisal berkata, menyedari mangsa sudah meninggal dunia, suspek yang ketakutan mencampakkan mayat remaja it di tepi Japan di Taman PD Permata sebelum ditemui orang awam," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro

Sumber Viral Purba https://ift.tt/2LvK7ym

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post