Header Ads

Resepi Buat Ikan Percik Sebenar, Wanita Ini Bongkar Rahsia Masak Kuah Yang Dituntut Bersila Depan Maknya

loading...

Kalau nak masak ikan percik kena betul-betul tahu rahsianya, terlebih godek nanti lari rasanya.

Resepi Buat Ikan Percik Sebenar, Wanita Ini Bongkar Rahsia Masak Kuah Yang Dituntut Bersila Depan Maknya
Resepi Buat Ikan Percik Sebenar, Wanita Ini Bongkar Rahsia Masak Kuah Yang Dituntut Bersila Depan Maknya

Ya, mungkin lain orang lain caranya tetapi ilmu masakan percik daripada wanita yang berasal negeri Cik Siti Wan Kembang ini, patut disimpan oleh kaum mak-mak yang gemar makan menu percik.

Haaa… nak tahu apa bahan paling mahal dalam masakan percik, jemput godek resepi Puan Afy AL Habibi.

RESEPI MENARIK: Resepi Agar-Agar Tembikai Viral Menu Hidangan Hujung Minggu


Rahsia Masak Ikan Percik

“Resepi ikan percik ni paling saya sayang selain resepi daging kerutup dan gulai ikan ayo yang saya dah kongsi sebelum ni. Sebab saya menuntut resepi ni bersila betul-betul depan mak. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.”
Menurutnya lagi, rasanya tak akan sama dengan yang ada di kedai.
“Ada kawan FB yang dah cuba pun gembira sekali. Kata mereka rasanya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli. Jadi kat bawah ni saya kongsi resepi. Jangan pandang sepi tau, boleh rugi! Bulan puasa ni bolehla merecikkk sekali.”

Bahan-bahan:

ikan percik
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)

Cara nak masak:

Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal.
Kisar hingga lumat.

Lumur ikan

Lumur rata bahan kisar pada ikan.
Perap selama 20 minit.

bahan percik

Bahan untuk kuah percik:

– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.

ikan percik

Masukkan bahan kisar dalam periuk.
Tambahkan sekali 6 senduk santan segera.
( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa)
Tambahkan 1 senduk air kosong.

ikan percik

Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar
( kisar sendiri)
Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.

ikan percik

Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan.
Perahkan sehiris limau nipis.

ikan percik


Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit perencah Hilal.


* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat.
Kacau kuah dengan api sederhana besar.

ikan percik

Tutup api setelah kuah berbuih mendidih.
Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.

ikan percik

Bakar ikan di atas bara api.
Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.

ikan percik

Angkat seketika pemanggang ikan.
Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah percik dan lalukan pada badan ikan depan belakang.

ikan percik

Letak semula pemanggang atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan untuk bahagian atas dan bawah.
Ulang dua kali untuk kuantiti kuah melekat lebih tebal.
*kuah percik yang disalut tadi akan menjadi lebih sedap setelah dibakar dengan bara api.
Baunya juga lagi menusuk jiwa.

ikan percik

Menu merecikk bulan puasa.

ikan percik

Tahap kelikatan kuah yang lazat.

ikan percik

Inilah hasilnya, sedia digabung bersama pelengkap menu lain.
Selamat mencuba!



-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments