Polis dedah lakaran wajah dua penembak imam Palestin

Polis dedah lakaran wajah dua penembak imam Palestin

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini mengedarkan lakaran wajah dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan imam warga Palestin, Dr. Fadi M. R. Albatsh di Medan Idaman, Setapak awal pagi kelmarin.

Polis dedah lakaran wajah dua penembak imam Palestin
Polis dedah lakaran wajah dua penembak imam Palestin

Menurut Fuzi, lakaran wajah tersebut diperolehi daripada keterangan beberapa saksi yang tampil secara sukarela bagi membantu siasatan polis.

“Kedua-dua suspek merupakan lelaki berkulit putih dengan ketinggian kira-kira 180 sentimeter dan dipercayai berasal dari negara Eropah atau Timur Tengah.

ARTIKEL MENARIK: (Video) ‘Saya Nak Ajar Anak-anak Supaya Tidak Kurang Ajar Seperti Nurul’ – Rosmah


“Sewaktu kejadian, kedua-dua suspek yang berbadan tegap itu memakai jaket serta helmet berwarna gelap sambil membawa beg galas,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini pagi tadi.


Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.


Mohamad Fuzi turut mengedarkan gambar dua buah motosikal berkuasa tinggi model BMW GS dan Kawasaki Versys yang digunakan oleh kedua-dua suspek dalam kejadian tersebut.

Menurut Fuzi lagi, pihaknya tidak dapat mengenalpasti keberadaan kedua suspek buat masa ini dan telah meminta bantuan Jabatan Imigresen untuk membuat semakan serta mengawal laluan keluar masuk negara.

“Lakaran wajah kedua-dua suspek telah diedarkan ke semua laluan keluar masuk negara dan usaha menjejaki mereka sedang giat dijalankan,” katanya.


Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post