Remaja wanita cuba bunuh diri gara-gara putus cinta

Remaja wanita cuba bunuh diri gara-gara putus cinta

KOTA BHARU: Akibat berpisah dengan teman lelaki, seorang remaja perempuan cuba membunuh diri dengan terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, malam tadi.

Remaja wanita cuba bunuh diri gara-gara putus cinta
Remaja wanita cuba bunuh diri gara-gara putus cinta
Kejadian jam 10.45 malam itu remaja berusia 18 tahun itu bagaimanapun diselamatkan anggota kereta Unit Peronda Polis (MPV).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata sebaik menerima laporan anggotanya ke lokasi kejadian.

ARTIKEL MENARIK: Pelik, anak selalu pakai seluar dalam berlapis kesekolah,rupa-rupanya…


Katanya, ketika sampai, polis mendapati seorang perempuan cuba terjun ke Sungai Kelantan dari jambatan itu.

“Perempuan itu meronta-ronta dan menjerit sebelum anggota bertugas bersama orang awam cuba memujuknya. Kita berjaya memujuk mangsa dalam tempoh setengah jam sebelum tangkapan dibuat.

“Hasil siasatan mendapati mangsa cuba membunuh diri kerana berpisah dengan teman lelaki.

“Mangsa juga tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan akuan mulutnya dia berasal dari Kampung Banggol, Jalan PCB,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


Beliau berkata, perempuan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut sebelum dibawa ke Balai Polis Kota Bharu.

Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post