Kanak-kanak yang menderita kanser Neurobalstoma tahap empat, Muhammad Qayyum Roslizam, 6, menghembuskan nafas terakhir 11.30 pagi hari ini di kediaman keluarganya di Taman Serai Maju, Bagan Serai.
Muhammad Qayyum Dah Tiada |
Menurutnya, sewaktu dalam perjalanan, dia menerima panggilan telefon daripada isterinya Herlinda Abdul Rahim 34, memaklumkan mengenai keadaan anaknya.
ARTIKEL MENARIK: Remaja wanita cuba bunuh diri gara-gara putus cinta
“Sejurus dimaklumkan isteri mengenai keadaan Muhammad Qayyum, saya segera bergegas pulang.
“Setibanya di rumah, isteri memaklumkan Muhammad Qayyum sudah tiada lagi dan perkara itu disahkan pembantu perubatan Klinik Kesihatan Bagan Serai yang hadir ke rumah,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.
Menurutnya, jenazah anaknya akan disembahyangkan di Masjid Bagan Serai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Jeti.
Roslizam mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang bersimpati dan menyampaikan bantuan kepadanya selepas kisah penderitaan Muhammad Qayyum disiarkan media, semalam.
Beliau yang bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bersama keluarga meminta kerjasama orang ramai khususnya pembaca di laman sosial agar berhenti menyebarkan gambar penderitaan arwah anaknya itu kerana anaknya itu sudah tiada.
Sementara itu, Penguasa Bomba Zon 2 Perak, Mohamed Habib Mohamed Dali turut menziarah Allahyarham Muhammad Qayyum.
ARTIKAL BERKAITAN - 'Doakan dia sembuh' - 3 tahun adik Qayyum hidap kanser saraf
Eberita
Post a Comment