Top Ad 728x90

Friday, 27 April 2018

Luahan hati anak Ziana Zain “Mama dah takda stress dan happy sekarang”

loading...

Ibarat tajuk lagu popularnya ‘Kemelut Di Muara Kasih’, itulah yang sedang dilalui oleh penyanyi popular Ziana Zain yang ketika ini sedang dilanda ujian getir dalam rumah tangganya.

Luahan hati anak Ziana Zain “Mama dah takda stress dan happy sekarang”
Luahan hati anak Ziana Zain “Mama dah takda stress dan happy sekarang”

Berat mata memandang dan telinga yang mendengar, tetapi berat lagi bahu si pemikul 1001 dugaan dalam hidup. Namun Ziana kelihatan begitu kuat dan tabah menghadapi dugaan yang melanda.

Kebelakangan ini Ziana sering kelihatan aktif di arena seni mahupun menghadiri acara-acara fesyen dan hiburan di ibu kota. Ziana juga baru selesai penggambaran filem Gol & Gincu 2 serta baru muncul dengan drama popular Mak Cun 4.

ARTIKEL MENARIK: Miliki Sepucuk Pistol & 32 Peluru, Juruhebah Radio Popular Ditahan Polis!! Siapa Ye 😱😱


Peluang bertemu empat mata dengan superstar bertubuh genit ini sewaktu pertunjukan fesyen pereka terkenal Rizman Ruzaini membawa kami menyelami isi hati serta benak fikiran ibu beranak empat ini.

Ziana hadir dengan penuh bergaya dan ditatarias cantik biarpun sedang menahan sakit akibat demam urat. Itulah Ziana Zain yang kita kenali, sentiasa menjaga penampilannya selaras dengan gelaran diva yang disandang beliau.

screen-shot-2018-04-27-at-1-16-15-pm

Ditanya adakah beliau cuba untuk aktif dan sibukkan diri kerana mahu mengalih tumpuannya dari duka di hati kata Ziana apa yang datang adalah rezeki anak-anaknya.


“Alhamdulillah rezeki anak-anak. Sibuk adalah bagus kerana buat diri kita rasa aktif, tahu-tahu jer dah malam. Selalunya di awal-awal tahun ni orang banyak senyap, tetapi saya Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi tidak putus-putus dengan undangan nyanyian dan lakonan”, jelasnya.

Tambah Ziana lagi kebanyakan tawaran yang datang adalah daripada kawan-kawan sendiri yang membuatkannya sukar untuk menolak. Namun beliau tetap memilih watak dan waktu yang sesuai kerana beliau masih menguruskan persekolahan anak-anak.

Sudah tidak menggunakan khidmat pembantu rumah sejak 6 tahun lalu, segala urusan anak-anak dan rumah tangga diuruskannya sendiri bermula seawal jam 5.30 pagi.

Tidak lama sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan dan seterusnya Hari Raya Aidilfitri, pasti kedua-dua sambutan pada tahun ini bakal menjadi berbeza buat Ziana dan anak-anak.

“Saya dan anak-anak sudah biasa ditinggalkan (merujuk kepada pekerjaan suami). Anak-anak semua okay sebab dah biasa, pekerjaan itu sudah biasa.
 Yang penting anak-anak kena ada baju dan kuih raya kegemaran mereka dan juga duit raya. Mereka akan tunggu Pak Ngah, Cu, Mummy dan lain-lain. Anak-anak zaman sekarang tak macam kita dulu-dulu yang sangat sentimental”, jelasnya.

Ditanya bagaimana perasaannya sendiri kerana akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku dalam hidupnya, kata Ziana dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.

“Im well prepared! Inilah apa yang saya mahukan, ini apa yang saya pilih untuk hidup saya dan anak-anak. Dan mereka (anak-anak) sangat-sangat gembira dengan kehidupan mereka sekarang, mereka cakap ‘Ma.. dah tak ada stress’. Bila mereka cakap tak ada stress itu maksudnya mereka gembira sebab saya sendiri selalu bertanyakan setiap seorang daripada mereka tentang perasaan masing-masing”, jelasnya.

Disaat dirinya dibaluti dengan dugaan, ibu dan bapanya lah yang dijadikan tempat rujukan dan panduan untuk dirinya terus kuat dan melangkah menghadapi hidup.

“Ibu bapa saya adalah mentor terbesar dalam hidup saya. Saya belajar terlampau banyak dengan mereka terutamanya tentang kehidupan. Ayah saya pun dah mencecah usia 80 tahun. Saya tengok semangatnya masih kuat di usia sebgitu, sedangkan saya baru nak mencecah 50 tahun. Saya juga bertuah dikurniakan adik beradik yang sangat memahami dan menyokong satu sama lain”, ujarnya.

Bagi Ziana, anak-anak adalah segala-galanya baginya. Tidak sesekali pun beliau akan mengabaikan perasaan anak-anaknya tanpa membuat sesuatu keputusan terutama dalam membuat keputusan yang paling besar dalam hidupnya.



“Sebelum saya pesan atau nasihat anak-anak saya akan tanya dulu, ‘macam mana? Okay? situasi kita sekarang? setiap seorang saya akan tanya. Jawab mereka ‘I’m happy now Ma, I feel free now‘. Saya tanya balik ‘are you sure?’ mereka jawab ya. Saya tanya anak saya yang kedua, ‘abang, abang macam mana? okay ke nak?’ dia jawab ‘Okay Ma, dah tak ada sakit kepala lagi Ma, kalau tak asyik sakit kepala’. Bila saya tanya doktor kenapa anak saya sellau sakit kepala, doktor cakap itu adalah salah satu gejala stress. Sekarang Alhamdulillah saya senang nak bangunkan mereka pergi sekolah kalau tak dulu susah. Sekarang mereka mampu bangun sendiri, tak ada yang ditakutkan, tak ada yang di stress kan. Syukur Alhmadulillah. Tetapi saya tidak boleh mendabik dada dan bercakap besar. Saya bercerita ini berdasarkan keadaan sekarang ini itu sahaja. Apa yang akan berlaku pada masa depan kita tidak tahu”, ceritanya.

Beralih kepada kerjaya nyanyiannya, Ziana bakal muncul dengan lagu baru tidak lama lagi setelah lama tidak muncul dengan lagu baru.

“Saya dah banyak kumpul lagu baru dan tunggu masa untuk masuk studio merakamkan lagu. Ada beberapa lagu yang kalau anda dengar tajuknya memang meraung la” beritahunya sambil ketawa.

Kata Ziana lagi, kebetulan lagu-lagu yang diberikan kepadanya sangat kena dengan kisah yang sedang melanda dirinya ketika ini.

Tak sabar pulak SURIA nak tunggu lagu itu siap sepenuhnya dirakamkan oleh Ziana nanti. Pasti Hit macam lagu-lagu Ziana Zain sebelum ini. Kepada Ziana, SURIA sentiasa doakan yang terbaik buat Ziana dan semoga Ziana temui sinar baru dalam hidup bersama anak-anak di masa hadapan. kepada netizen diluar sana, janganlah membuat andaian dan berkata yang bukan-bukan jika anda sendiri tidak tahu dan lalui apa yang dilalui oleh seorang insan yang bernama Ziana Zain.

ARTIKAL BERKAITAN 



SUMBER : PAHOOPAH


-----------------------------------------------------------------
loading...

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90