Kuala Pilah: “Saya tidak menyangka pelukan erat arwah, semalam (kelmarin) adalah pelukan terakhir kami,” kata Pembantu Operasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, Roselen Ismail, 52.
Cikgu Bersungguh peluk rakan sebelum terlibat kemalangan maut |
“Selama enam tahun berkawan dengan arwah, dia seorang yang baik hati, peramah dan suka berkongsi cerita dan saya menganggapnya sebagai adik kandung.
ARTIKEL MENARIK:
“Namun semalam (kelmarin), ketika saya membuat kerja fotokopi di pejabat secara tiba-tiba dia memeluk saya dan berkata, dia terlalu penat kerana sering berulang-alik sejauh 118 kilometer dari Hulu Langat ke Serting,” katanya.
Menurutnya, Anis Zuraimi berulang dari rumahnya dua kali seminggu kerana perlu memberi perhatian kepada anak sulungnya yang menghidap penyakit diabetes sejak dilahirkan.
Dalam kejadian di Kilometer 8 Jalan Sawah Lebar – Empang Bangkong di sini, jam 6.30 pagi semalam, Anis Zuraimi maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Mitsubitshi ASX dan Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, siasatan mendapati kenderaan utiliti sukan dipandu lelaki berumur 36 tahun dari arah Kuala Pilah ke Bahau terbabas dan melintangi jalan.
“Mangsa yang memandu di belakang tidak sempat mengelak dan merempuh kereta utiliti di hadapannya.
“Mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala dan dada.
“Mayat mangsa dibawa ke bilik forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya.
Sementara itu, adik ipar mangsa, Wan Muhamad Aizat Ameer Wan Mormazlan, 31, berkata, abang iparnya meninggalkan seorang isteri, Juliawati Jelani, 39, dan dua anak lelaki, Muhamad Affi Danial, 9, dan Muhamad Rayyan Danial, 4.
Eberita
Post a Comment