Lelaki maut jalani rawatan buang saka

Lelaki maut jalani rawatan buang saka

Seorang lelaki maut akibat mengalami kecederaan serius dalam badan selepas menerima rawatan tradisional membuang saka dalam dirinya dalam satu kejadian di Taman Puchong Intan di sini semalam.

Lelaki maut jalani rawatan buang saka
Lelaki maut jalani rawatan buang saka

Kejadian menimpa lelaki berusia 35 tahun itu diketahui selepas pihak polis menerima panggilan daripada Hospital Serdang berhubung kematian mangsa pada pukul 10.11 pagi.


ARTIKEL MENARIK:  (Video) Tergigit ekor tikus dalam aiskrim, pengguna tuntut pampasan RM31,000


difahamkan mangsa yang masih bujang itu menerima rawatan membuang saka daripada satu kumpulan pengamal perubatan tradisional selama tiga hari berturut-turut sejak Selalu lalu di rumahnya di Taman Puchong Intan.

Bagaimanapun, selepas menerima rawatan pada hari ketiga, mangsa mengadu sakit sebelum ahli keluarga membawanya ke hospital pada pukul 6 pagi sebelum pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Azlin Sadari berkata, bertindak atas maklumat itu pihak polis menahan enam individu termasuk sepasang suami isteri yang terlibat dalam memberi rawatan membuang saka kepada mangsa.

Katanya, enam suspek itu terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun. Tangkapan empat suspek dilakukan di Hospital Serdang manakala dua lagi serah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

“Hasil siasatan mendapati, dalam tempoh tiga hari itu mangsa ditumbuk, dipijak dan ditendang pada bahagian badan serta perut sebagai rawatan untuk membuang saka dalam dirinya.

“Keputusan bedah siasat pula mendapati, mangsa maut akibat mengalami kecederaan serius pada abdomen,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

EBerita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post