Ibu dan anak perempuannya maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 17, Jalan Telupid-Beluran berdekatan kawasan Tanah Emas, Beluran, hari ini.
Ibu dan anak ajal bersama |
Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, Majinis Anjid, 73, dan Anah Geoffrey, 48, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kedua-dua mangsa adalah penumpang Perodua Viva yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke Kampung Telisai, Telupid dari Kampung Gambaron bersama pemandu lelaki berusia 57 yang juga suami mangsa.
Difahamkan, kereta dinaiki tiga beranak itu remuk teruk termasuk bahagian enjin terperosok ke kerusi penumpang hadapan.
ARTIKEL MENARIK: 5 Gambar: “Ya Allah…Anak Aku”
Bagaimanapun, pemandunya selamat dan dilaporkan sakit dada akibat hentakan.
Sementara itu, suami isteri berusia 73 dan 46 tahun bersama anak lelaki berusia 16 tahun yang menaiki pacuan empat roda Toyota Fortuner dilaporkan turut cedera.
Semua mangsa cedera kini dirawat di Hospital Duches of Kent (HDOK) Sandakan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Shivananthan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan empat roda menghala ke Lahad Datu terbabas ke kanan jalan.
“Ia kemudian masuk semula ke laluan asal, tetapi dengan bahagian hadapan kereta terpusing ke arah Telupid.
“Akibatnya, ia bertembung dengan kereta Perodua Viva dan dua wanita meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Beluran dan kes siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, anggotanya mengambil masa 20 minit bagi mengeluarkan penumpang hadapan wanita yang tersepit.
Menurutnya, mMayat seorang lagi penumpang sudah berada di tepi jalan ketika bomba sampai di tempat kejadian.
Eberita
Post a Comment