Latar Belakang Imam Palestin yang maut kena tembak di gombak

Latar Belakang Imam Palestin yang maut kena tembak di gombak

Imam Fadi adalah Imam Palestin yang dibawakan oleh Aqsa Syarif dan MyCARE setiap bulan Ramadan sejak tahun 2014. Beliau ditembak di kepala dalam perjalanan ke surau Medan Idaman, Gombak untuk menunaikan solat Subuh.

Latar Belakang Imam Palestin yang maut kena tembak di gombak
Latar Belakang Imam Palestin yang maut kena tembak di gombak
Imam Fadi berusia 35 tahun dan meninggalkan 3 orang anak dan seorang balu.

Pastinya ramai yang sudah menjadi makmum beliau dan mendapat manfaat dalam ceramah-ceramahnya dalam jelajah Imam Palestin seluruh Malaysia anjuran kami.

ARTIKEL MENARIK: Nurliyana hembus nafas terakhir


Berikut latar belakang Imam Fadi atau nama sebenar Fadi M. Albatsh


Fadi M. Albatsh menerima B.S. dan M.S. ijazah dalam Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Islam Gaza, Palestin pada tahun 2006 dan 2009.

Beliau memperoleh ijazah PhD daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2015.

Beliau kini Pensyarah Kanan di Bahagian Kejuruteraan Elektrik, Institut British Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Dr FADI terlibat secara aktif dalam penyelidikan sebagai penyelidik prinsip dan penyelidik bersama dengan jumlah geran penyelidikan bernilai lebih daripada RM 130 ribu.

Beliau adalah pengarang dan penulis bersama lebih daripada 25 penerbitan dalam jurnal dan prosiding antarabangsa di bidang Power Systems dan Power Electronics.

Kepentingan penyelidikannya termasuk peranti FACTS, penukar kuasa, kualiti tenaga, mikrogrid dan tenaga boleh diperbaharui.


Siasatan awal

Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.

“Polis turut menemui 2 slug peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk menunaikan solat Subuh di surau berhampiran,” katanya yang memaklumkan satu sidang media akan diadakan di lokasi kejadian.

eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post