ALBAMA: Seorang pesalah yang berusia 83 tahun menjalani hukuman suntik sampai mati pada Khamis lalu selepas selama 20 tahun dipenjarakan.
Banduan Tertua Di Amerika Diberi Suntikan Maut Selepas Lebih 20 Tahun Di Penjara |
Menurut pegawai penjara, banduan tersebut, Walter Moody diberikan suntikan maut di sebuah Pusat Pemulihan Willian C Holman di Atmore menjadikannya pesalah paling tertua yang menjalani hukuman mati dalam zaman moden di Amerika Syarikat (AS).
Moody disabitkan atas kesalahan melakukan letupan bom pada tahun 1989 yang membunuh Hakim Mahkamah Sirkit AS, Robert Vance, 58 dan satu lagi letupan berasingan sehingga meragut nyawa peguam hak asasi awam Georgia, Robert Robinson.
ARTIKEL MENARIK: Elakkan perkara khurafat, Kerajaan Saudi larang jemaah umrah/haji melawat 6 tempat ini
Jelas pendakwa, Moody mengebom hakim berkenaaan kerana berang dengan keputusan mangsa yang menjatuhkan hukuman bersalah kepadanya di atas insiden letupan bom pada tahun 1972 sehingga menjejaskan kerjayanya manakala bom kedua dihantar kepada peguam tersebut dengan tujuan untuk mengelirukan penyiasat.
Moody yang menghabiskan masa lebih daripada 20 tahun dalam penjara akhir mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan pelaksanaan hukuman ditangguhkan kerana Mahkamah Agung sedang menimbangkan keputusan rayuan saat akhir yang kemudiannya ditolak.
sumber : siakapkeli
Post a Comment