"Tiada Lagi Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Jika Pembangkang Ambil Alih Pemerintahan" - Najib

"Tiada Lagi Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Jika Pembangkang Ambil Alih Pemerintahan" - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat tidak lagi dapat menikmati pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan selama ini jika pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara.

"Tiada Lagi Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Jika Pembangkang Ambil Alih Pemerintahan" - Najib
"Tiada Lagi Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Jika Pembangkang Ambil Alih Pemerintahan" - Najib
Perdana Menteri Bank Dunia baru-baru ini telah mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk memerintah dengan berkesan sekiranya mereka hendak menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mereka.

“Bank Dunia mempersoalkan kalau GST dihapuskan, akan berlaku kelompangan kewangan RM20 billion dalam akaun. Ini tidak disebut dalam manifesto itu kerana mereka cuba mengaburi mata rakyat dengan tidak menyebut tentang kekurangan ini,” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan bersama Masyarakat Siam di Kampung Chanding di sini. hari ini

ARTIKEL MENARIK: Remaja Perempuan di Sahkan Meninggal Dunia Selepas Bersalin Di Dalam Masjid

loading...

Menurutnya, tanpa hakikat ini dinyatakan, implikasinya kepada rakyat akan bererti bantuan-bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pemberian khas kepada petani dan nelayan dan sebagainya akan dihentikan oleh pembangkang.

“Kalau masih tak cukup juga (untuk menampung kelompangan akaun ini), mereka mungkin akan menambahkan lagi cukai pendapatan persendirian sehingga empat ke lima peratus,” katanya.

Najib berkata di sebalik mempersoalkan kewibawaan pembangkang ini, Bank Dunia merupakan antara badan peringkat antarabangsa yang memberikan pengiktirafan dan keyakinan mereka tentang masa depan Malaysia jika kerajaan sekarang terus memerintah.


Menurutnya, badan-badan lain seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Forum Ekonomi Dunia (WEF), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beberapa bank antarabangsa turut menzahirkan keyakinan mereka dengan keupayaan kerajaan sekarang melaksanakan transformasi dalam negara ini.

“Badan penarafan antarabangsa bertaraf dunia telah memberi pengiktirafan yang meyakinkan kepada Malaysia dan masa depan kita kerana kemampuan kita untuk melaksanakan transformasi,” katanya.


Sementara itu, beliau berkata usaha kerajaan untuk membawa kaum minoriti seperti masyarakat keturunan Siam di negara ini untuk bersama-sama dalam arus perdana pembangunan negara akan diteruskan bagi meningkatkan mobiliti sosial mereka.

Menurutnya, selain telah berjaya membolehkan beberapa pelajar keturunan Siam mencatatkan keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kerajaan akan membuka peluang lebih luas bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi awam.

“Ini sejajar dengan dasar kerajaan kita yang inklusif untuk melindungi masyarkat minoriti di negara ini seperti masyarakat Siam untuk terus bebas mengamalkan agama dan bertutur bahasa mereka,” katanya. - Bernama

Sumber: The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post