'Sedih, Tak Mampu Bayar Bil Ambulans'. Ibu Dalam Pantang Yang Lumpuh Terpaksa Kendong Jenazah Bayi Baru Lahir Naik Motor 100KM..

'Sedih, Tak Mampu Bayar Bil Ambulans'. Ibu Dalam Pantang Yang Lumpuh Terpaksa Kendong Jenazah Bayi Baru Lahir Naik Motor 100KM..

BIMA: Jenazah bayi warga Desa Waro, Kecamatan Monta, Kabupaten Bima, Nusa Tenggara Barat ini terpaksa dibawa dengan motosikal kerana keluarganya tidak mampu untuk menggunakan khidmat ambulans.

'Sedih, Tak Mampu Bayar Bil Ambulans'. Ibu Dalam Pantang Yang Lumpuh Terpaksa Kendong Jenazah Bayi Baru Lahir Naik Motor 100KM..
'Sedih, Tak Mampu Bayar Bil Ambulans'. Ibu Dalam Pantang Yang Lumpuh Terpaksa Kendong Jenazah Bayi Baru Lahir Naik Motor 100KM..
Bayi perempuan berusia lima hari itu meninggal dunia selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di Rumah Sakit Umum Daerah Bima.


Ketua Desa Waro, M Ali berkata, pihak hospital memberi alasan bahawa mereka tidak menyediakan perkhidmatan ambulan percuma ketika kejadian itu.


ARTIKEL MENARIK: Alasan Lapuk. Pergi Rumah Tunang Untuk Isi Borang Kahwin. Padahal Nak Berkhalwat...

loading...

"Jarak rumah keluarga tersebut dengan hospital adalah kira-kira 100 kilometer. Pasangan suami isteri tiada pilihan lain kerana tidak mampu untuk membuat bayaran ambulans seperti diminta," katanya.


Menurutnya lagi, jenazah bayi itu juga pada asalnya ditahan pihak hospital atas alasan bil hospital belum dibayar.




Related image

Susulan insiden itu, pentadbir hospital, H Ihsan telah berkunjung ke rumah keluarga bayi terbabit untuk memohon maaf kepada Jufrin dan isterinya, Suhadah yang dilaporkan turut menderita lumpuh selama 15 tahun.


Pihak hospital turut memberi pampasan kepada keluarga terbabit selain melahirkan rasa kesal terhadap kejadian tersebut. - Kompas.com

Image result for bayi warga Desa Waro, Kecamatan Monta, Kabupaten Bima, Nusa Tenggara Barat

Kredit - PenmerahPress

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post