Pelawak dan penyampai radio Shahrol (Shiro) selamat menjalani pembedahan pada hidung kira-kira pukul 1 petang Selasa akibat menghidapi penyakit sinus atau resdung yang serius.
“Malam Tu Dia Sakit Kepala Teruk Sampai Terpaksa Menangis Untuk Menahan Sakitnya.” Shahrol Shiro Selamat Menjalani Pembedahan Pada Hidung Akibat Menghidapi Penyakit Resdung Yang Serius.. |
“Dia dimasukkan ke wad pada Rabu tapi dia minta keluar pada Khamis kerana ada beberapa tugasan dan persembahan yang terpaksa dihadiri di Kelantan dan Tangkak, Johor.
ARTIKEL MENARIK: Ditangkap Khalwat! Pukul Anak..?? Chef Wan Dan Serina Dedah Perangai Sebenar Gavin, Suami Serina Redzuawan..
loading...
“Pada Ahad lepas pula dia nak sambut ulang tahun kedua perkahwinan kami, malam tu dia sakit kepada teruk sampai terpaksa menangis untuk menahan sakitnya.
“Kemudian pada Isnin saya bawa dia ke hospital semula, doktor buat pemeriksaan dan dapati sinus dia semakin bahaya,” ujarnya.
Nor Farhanah bimbang kesihatan Shahrol yang semakin teruk.
Sementara itu, Nor Farhanah, berkata, Shahrol masih belum sedar akibat penggunaan ubat bius.
Selain itu, katanya kesibukan kerja juga menjadi antara punca penyakit tersebut menjadi semakin serius.
“Dia kerja kuat sehingga tidak cukup rehat, banyak sangat tanggungjawab yang dia perlu dia selesaikan. Waktu makan dan tidur pun tidak tetap.
“Ketika dia membuat orang gembira tapi dia sebenarnya menahan sakit,”ujarnya.
Shahrol yang kini bertugas sebagai penyampai radio di Best FM di Johor pernah menjalani pembedahan penyakit yang sama pada tahun 2015.
A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on Mar 15, 2018 at 2:21am PDT
Sumber: mStar Online via PenmerahPress
Post a Comment