IBU kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman, 55, berkata dia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anaknya itu untuk menentukan calon isteri.
“Kahwin Terus Dan Saya Tak Pilih Menantu” – Ibu Dedah Status Perkahwinan Syafiq Kyle |
“Saya tak pernah letak sasaran waktu bila dia nak kahwin. Kalau dia dah bersedia, teruskan dan saya tak memilih siapa yang akan menjadi isterinya itu.
ARTIKEL MENARIK: Datuk K Kongsi Dapat Anak Perempuan, Umum Nama Selepas 7 Hari
loading...
Syafiq manja dan pendiam.
“Saya tak nak nanti kalau kita memilih dan paksa dia kahwin akan menimbulkan masalah kelak sebab dia yang nak kahwin jadi dia yang kena tentukan siapa bakal isterinya nanti,” katanya kepada mStar Online.
Bercerita mengenai sikap dan perangai Syafiq di rumah, Rohaya berkata anak keduanya itu lebih manja dan bukanlah seorang pemarah.
Malah, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini juga tidak banyak bercakap dan lebih gemar menyendiri jika sedang berdepan dengan masalah.
Syafiq tidak gemar berkongsi dengan keluarga mengenai gosip atau kontroversi.
“Dia seorang anak yang manja dan kurang bercakap, sesekali dia suka mengusik dan menyakat adik bongsunya.
“Dia juga lebih tenang dan tak suka marah-marah, jika ada masalah dia akan menyendiri dan bila kita tanya baru dia cerita apa yang sedang berlaku,” katanya.
Sementara itu, Rohaya yang kini menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan memaklumkan Syafiq tidak akan bercerita mengenai sebarang gosip atau kontroversi berkaitan dirinya.
Sebaliknya, dia hanya mengetahui perkara tersebut menerusi laporan media dan di laman sosial.
“Kalau ada gosip atau kontroversi, dia tak pernah cerita. Saya hanya baca laporan media sahaja. Jika kontroversi itu keterlaluan saya yang akan mulakan perbualan.
“Lepas ditanya, baru dia akan terangkan apa yang berlaku dan kalau itu penjelasannya, saya akan terima apa yang keluar dari mulut dia sahaja.
“Saya ada nasihat dia, sebagai selebriti, kontroversi dan gosip ini sudah menjadi lumrah. Saya ingatkan dia selangkah keluar rumah orang akan perhatikan kita dan kena jaga kelakuan,” ujarnya.
Menerusi video ini anda dapat lihat perwatakan syafiq kyle sebagai seorang artis dan juga calon suami. Ada hint dalam tu..Tengok Sampai Habis.
Sumber: Mstar Online
Post a Comment