'Camne Nak Bunuh Diri Yang Tak Sakit? Gantung Guna Tali Atau Tembak?'

'Camne Nak Bunuh Diri Yang Tak Sakit? Gantung Guna Tali Atau Tembak?'

Ibu bapa sepatutnya memberi ruang dan peluang untuk anaknya berusaha sendiri tanpa perlu diberi tekanan memanjang sehingga boleh menjejaskan dirinya.

'Camne Nak Bunuh Diri Yang Tak Sakit? Gantung Guna Tali Atau Tembak?'
'Camne Nak Bunuh Diri Yang Tak Sakit? Gantung Guna Tali Atau Tembak?'
Usah jadikan anak sebagai 'alat' hanya semata-mata mahu menunjukkan kepada ibu bapa lain yang anak anda terbaik dalam sesuatu perkara yang akhirnya memakan diri apabila si anak tertekan.

Amat menakutkan apabila membaca perkongsian dari Aizuddin Ismail di mana anaknya bercerita tentang rakan sekolahnya berkeinginan untuk membunuh diri. Siap bertanya cara mana yang tidak menyakitkan seolah-olah sudah nekad untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri.

ARTIKEL MENARIK: Dera Amah Hingga Parah. 14,000 Orang Tandatangan Petisyen Supaya Datin Rozita Dikenakan Hukuman Tegas..

loading...

Jangan begitu wahai ibu bapa, bukan begitu caranya. Didik anak dengan cara yang baik mengikut tahap kemampuannya sendiri. Ingat, anak bukan alat untuk anda bertanding dengan ibu bapa lain. Semoga bermanfaat.

KAWAN sekolah anak, lelaki, selalu dapat nombor belas-belas dan puluh-puluh bila exam. Tetapi dapat jadi pengawas pasal mak jenis kaki mendesak cikgu. Kategori macai jugalah mak dia ini sebab tak suka bila aku outspoken bab penyelewengan or mismanagement di peringkat sekolah.

Yesterday, that boy came to my son ketika waktu rehat. Menangis-nangis beritahu dia nak bunuh diri sebab rasa stress sangat nak mencari jalan keluar daripada all the miseries di rumah. Maknya kaki marah-marah dan suka baling hanger setiap kali markah exam bawah 90%. Sampai patah hanger.


Always push the boy 'to the edge' macam anak itu alat untuk suatu pertandingan. Macam kuda lumba yang perlu dimaki dan dipukul kalau tak perform. Instead of darah daging yang perlu dicurahkan kasih sayang setiap hari. Malu kalau anak jadi pengawas, tetapi tidak pandai.

Dia siap tanya anak aku cara bunuh diri mana yang tidak sakit. Gantung guna tali atau tembak? Anak aku jawab, "Kalau bunuh diri masuk neraka. Lagipun mana nak cari pistol? Kau janganlah bunuh diri, nanti aku tak ada kawan," katanya.

10 year old kids punya conversation. Bukan tentang game, bukan tentang chicks, bukan tentang komik tetapi tentang keinginan untuk membunuh diri kerana perbuatan ibu bapanya.

Silibus darjah 4 sekolah anak kau, macam silibus masa kita tingkatan tiga dulu. Terutamanya bab English, Sains dan Math. Kau hantarlah pergi tuisyen ke, study kaw-kaw ke, personal tutor ke, kalau memang belum tahap normal umur budak sebaya untuk absorb ilmu sebegitu, memang susah mereka nak hadam dan faham.

Kita dulu belajar sikit-sikit, peringat demi peringkat. Sekolah rendah yang senang sikit, baru belajar yang susah-susah. Start sekolah menengah, itu pun mula yang asas dari tingkatan 1.

Ini longgokan dan meloncat terus dari darjah 4 ke silibus yang ala-ala tingkatan 3. Manalah budak-budak nak faham, bukan semua budak genius. Dengan penat kafa lagi, berapa minit saja dapat dalam sehari untuk diri sendiri bermain.

Pagi tadi isteri dan aku buat keputusan untuk beri budak itu coklat dari France dengan nota yang ditulis, "We all love you and always be by your side. If you need anything, just inform my son."

Hope he's going to be fine.

Sumber:  Aizuddin Ismail via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post