Majlis tahnik, aqiqah dan pengumuman anak Dato’ Siti Nurhaliza berlangsung meriah semalam sambil ditonton puluhan ribu peminat secara langsung di Youtube.
Baru Berusia Seminggu, Ini ‘Amaran Keras’ Abang Siti Aafiyah Kepada Bakal Boyfriend |
Kehadiran orang baru dalam hidup keluarga Siti dan Dato’ K ini bukan sahaja dinanti-nanti oleh pasangan itu sahaja, malahan abang-abang gadis kecil itu turut meluahkan rasa teruja mereka mempunyai adik perempuan.
ARTIKEL MENARIK: ‘Bijak & Hebat Permainan You’ – Serina Redzuawan Dakwa Bekas Suami Tipu Media
loading...
Tak sabar nak jumpa
Aazief merupakan anak bongsu Dato’ K hasil perkahwinan dengan Tengku Zawyah Tengku Izham. Selain Aazief, 3 orang anak tiri Tokti adalah Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf.
Aazief yang kini melanjutkan pelajarannya di luar negara menyatakan rasa tidak sabarnya untuk berjumpa dengan adik perempuannya itu apabila tiba masanya nanti.
Saling tak tumpah macam Mak Iti
Aazief juga mengucapkan syukur kerana penantian bapa dan ibu tirinya yang mesra disapa Mak Iti akhirnya berbaloi. Ketika dapat melihat Siti Aafiyah untuk pertama kali, Aazief menyifatkan adiknya itu saling tak tumpah seperti penyanyi kesayangan ramai itu dan tidak sabar mahu ‘menggomol’ si comel berkenaan.
Ini amaran ‘keras’ untuk bakal teman lelaki Siti Aafiyah
Aazief juga menegaskan dia sebagai abang kepada adik yang baru dilahirkan itu akan menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi bakal mana-mana lelaki yang cuba mendekati si adik di masa depan.
Walaupun kedengaran seperti bernada gurauan, sudah tentunya sebagai abang, Aazief dan adik-beradiknya yang lain semestinya akan bersifat melindungi adiknya itu.
Sumber: Aazief Khalid via Ohbulan.com
Post a Comment