Pada tanggal 24 September 2016, pelakon Aidil Aziz bersama dua rakannya telah ditahan pihak polis di sebuah kediaman di Jalan Ampang kerana didapati menanam pokok ganja.
Masih Ingat Pada Pelakon Aidil Aziz? Lihat Perubahan Pada Dirinya Sekarang Ini Selepas Terselamat Dari Hukuman Gantung.. Mengagumkan! |
Pelakon berlakon berusia 31 tahun itu kini telah insaf dan lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dan aktiviti amal selepas terselamat daripada hukuman gantung sampai mati atas tuduhan memiliki dadah jenis kanabis itu.
Sejak dibebaskan dia memulakan hidup baru dengan niat mahu buat lebih banyak buat kebajikan dan menganggapnya sebagai saham di akhirat.
Katanya, dia memulakan perniagaan mangga asam boi, ‘Kingmangifera‘ dan RM1 dari setiap pembelian didermakan kepada rumah anak yatim dan golongan memerlukan.
“Perniagaan ini saya usahakan bersama rakan sebelum Ramadan tahun lalu. Alhamdulillah, sehingga sekarang sambutan diberikan sangat menggalakkan dan semakin berkembang maju.
ARTIKEL MENARIK: [Video] Sofi Jikan mengamuk ugut nak terajang orang gara-gara ditanya tentang bigo live: “Mat, kau tak tahu ke aku siapa?”
loading...
“Sebalang dijual RM12 dan RM1 daripada setiap pembelian saya dermakan kepada badan kebajikan. Selalunya saya kumpul RM1,000 dulu kemudian baru diserahkan.
“Saya fikir ini cara terbaik untuk berkongsi rezeki dengan orang lain dan menjadi saham untuk akhirat,” katanya.
Aidil bersama rakannya itu didakwa di mahkamah atas tuduhan mengedar ganja seberat hampir 500 gram selepas ditangkap tetapi terlepas dari hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur meminda pertuduhan daripada mengedar dadah jenis ganja kepada memiliki dadah.
Aidil didenda RM1,500 dan penjara dua bulan.
Pelakon drama Lara Terindah itu akui dunianya gelap ketika menjalani hukuman penjara. Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku dan tidak lagi berada dalam tekanan.
“Duduk dalam penjara banyak aktiviti dibuat. Paling penting, solat lima waktu dijaga dengan baik dan tidak melihat sebarang bentuk maksiat. Pendek kata, saya lebih banyak dekatkan diri pada Allah.
“Kalau di luar banyak dugaan. Apa-apa saja boleh berlaku. Jadi, saya anggap kejadian berlaku ada hikmah di sebaliknya. Allah nak ‘menegur’ saya untuk lebih beringat kepada-Nya.
“Sepanjang dalam penjara, saya hanya fikir positif saja. Saya reda dan ikhlaskan setiap apa yang berlaku. Lagi pula, ketika itu saya yakin tidak bersalah,” katanya.
Kata Aidil, satu pengajaran terbaik untuknya selepas kejadian berlaku adalah berhati-hati pilih kawan.
“Kena pandai pilih kawan kerana kita tidak tahu jika kawan itu ada musuh atau tidak. Lagi satu, saya lebih hargai ibu bapa. Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Insya Allah Dia menjaga kita juga.”
“Peristiwa hitam itu benar-benar memberi kesan psikologi pada diri saya sehingga saya fikir industri hiburan dah bersedia untuk cakap ‘bye-bye’ buat insan bernama Aidil Aziz.”
“Namun Allah itu maha adil di mana ketakutan itu diganti dengan rezeki yang tak pernah saya jangkakan.”
Sumber: Harian Metro via Infokini
Post a Comment