KUALA LUMPUR: Guru yang menuduh M Vasanthapiriya, 13, mencuri iPhone miliknya kini hidup dalam ketakutan selepas menerima ugutan bunuh dan mesej berbaur kebencian.
Cikgu Yang Menyebabkan Pelajar Bunuh Diri Kini Hidup Dalam Ketakutan! |
Sesetengah netizen juga berkongsi gambarnya di media sosial, menurut laporan The Star Online.
Mengulas perkembangan itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan menggesa orang ramai tidak mengganggu proses keadilan, sambil menambah guru terbabit dan suaminya ahli kesatuan.
Kami telah bertemu dengan mereka dan mereka menjelaskan cerita di pihak mereka. Mereka sudah membuat laporan polis dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada penyiasat. Tolong hentikan serangan dan ugutan terhadap mereka. Sesetengah netizen juga berkongsi gambar guru itu di media sosial, yang memberi kesan trauma kepada keluarga, Tan dipetik sebagai berkata.
ARTIKEL MENARIK: (Video) Kakitangan Hotel Dibuang Kerja Selepas Minta Pelanggan Wanita Puaskan Nafsunya
loading...
Ibu bapa Vasanthapiriya sebelum ini mendakwa gadis itu dikurung dalam sebuah bilik di sekolahnya hampir 5 jam tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas, selepas guru terbabit menuduhnya mencuri iPhone.
Dalam laporan polis, ibu bapanya mendakwa guru terbabit dan suaminya membawa anak perempuan mereka pulang ke rumah, mengancam akan membawanya kepada polis jika dia tidak mengaku atas tuduhan tersebut.
Remaja itu kemudian lari ke biliknya, sementara ibu bapanya dan penuduh keluar untuk menyelesaikan perkara itu. Ketika itulah Vasanthapiriya cuba membunuh diri.
Setibanya di rumah pada 8.20 malam, bapanya memecah pintu bilik apabila anaknya tidak menyahut, dan dia didapati tergantung pada selendang yang diikat pada paip pendingin hawa, dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi masih hidup.
Dia juga meninggalkan satu nota menafikan beliau mencuri telefon bimbit itu. Dia meninggal dunia pada 1 Februari selepas koma.
Tan berkata NUTP sangat sedih dengan kematian Vasanthapiriya dan akan memberi “sepenuh bantuan” untuk memastikan keadilan bagi semua pihak. Beliau juga menasihati seramai 200,000 ahli kesatuan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekolah ketika mengendalikan sesuatu masalah.
“Rekodkan setiap butiran dan beri keterangan kepada pegawai atasan anda,” tambahnya. Menurut polis, telefon bimbit yang hilang itu belum ditemui walaupun ada laporan melaporkan sebaliknya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad berkata polis merekodkan keterangan daripada 24 orang, termasuk guru berusia 46 tahun dan suami berusia 48 tahun. Shafee menambah 6 laporan polis dibuat berhubung kes itu, termasuk 2 daripada guru terbabit.
“Guru itu membuat laporan menafikan telefonnya ditemui, dan laporan lain mengenai perasaan malunya selepas insiden itu tersebar di media sosial,” katanya kepada pemberita hari ini.
Shafee sebelum ini berkata pihak polis sudah selesap menjalankan siasatan dan kes sudah dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya.
Post a Comment