Saya dah cuba Resipi ‘Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih’ yang tular baru-baru ini. Hasilnya pasti membuatkan anda terliur!

Saya dah cuba Resipi ‘Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih’ yang tular baru-baru ini. Hasilnya pasti membuatkan anda terliur!

Restoran mamak seringkali menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menikmati juadah. Selain menyediakan kemudahan Wi-Fi, makanan yang disajikan juga amat menyelerakan.

Saya dah cuba Resipi ‘Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih’ yang tular baru-baru ini. Hasilnya pasti membuatkan anda terliur!
Saya dah cuba Resipi ‘Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih’ yang tular baru-baru ini. Hasilnya pasti membuatkan anda terliur!

Antaranya ialah roti canai, tosai, capati, mi goreng mamak dan sebagainya. Namun, salah satu hidangan restoran mamak yang sangat digemari ramai adalah ayam goreng mamak.

Tetapi tidak ramai yang tahu resipi untuk menghasilkan ayam goreng mamak ini.

Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai ‘resipi ayam goreng mamak yang bikin ketagih’. Oleh kerana tajuk ‘ketagih’ itu betul-betul menggugat keimanan admin, jadi admin terus mencuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Qhamcyahh Hidayat.

Hasilnya benar-benar seperti ayam goreng yang dijual di restoran mamak! Cukup pedas, cukup sedap dan sangat rangup! Ini bukan cubaan, ini betul-betul!

Selesai memasak untuk hidangan tengahari, abang admin yang baru pulang bekerja terus mengambil pinggan di dapur dan meratah dua ketul ayam! Untuk hidangan makan malam pula, habis tiga ketul dia ratah! Bukti penangan dan keenakan ‘ayam goreng bikin ketagih’ ini!

ARTIKEL MENARIK: Resipi Pais Ikan Yang Terlajak Mudah. Masak Guna Kuali Je

loading...

Memang betul-betul sedap! Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah untuk didapati di pasar raya mahupun kedai-kedai runcit. Selepas ini, tak perlu lagi anda ke restoran mamak semata-mata untuk menikmati ayam goreng yang berharga RM4 seketul.
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
6 sudu tepung jagung
6 sudu tepung beras
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 inci halia (ditumbuk halus)
2 – 3 sudu serbuk cili (boleh tambah jika suka pedas)
2 sudu serbuk kari
1 biji telur
1 sudu serbuk lada sulah
Garam secukup rasa


Cara-caranya:
Perapkan ayam dengan semua bahan selama sekurang-kurangnya satu jam. Jika anda perapkan bahan lebih lama, rasanya akan menjadi lebih sedap.
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

Setelah masak, boleh padamkan api dan hidangkan bersama dengan nasi putih.
Mudah bukan? Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Era Baru

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post