Hairul Azreen yang memakai T- Shirt biru hadir bersama dua lagi rakannya dengan menaiki Toyota Alphard berwarna putih selepas dipanggil untuk memberikan keterangan..

Hairul Azreen yang memakai T- Shirt biru hadir bersama dua lagi rakannya dengan menaiki Toyota Alphard berwarna putih selepas dipanggil untuk memberikan keterangan..

KETUA Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah menunjukkan senapang patah yang dipercayai digunakan oleh seorang pelakon, Hairul Azreen Idris, 30, ketika melepaskan tembakan dua tahun lalu dalam sidang akhbar di Seri Iskandar hari ini. – UTUSAN ONLINE/SYEFRY MONIZ

Hairul Azreen yang memakai T- Shirt biru hadir bersama dua lagi rakannya dengan menaiki Toyota Alphard berwarna putih selepas dipanggil untuk memberikan keterangan..
Hairul Azreen yang memakai T- Shirt biru hadir bersama dua lagi rakannya dengan menaiki Toyota Alphard berwarna putih selepas dipanggil untuk memberikan keterangan..

PARIT 26 Jan. – Polis meminta seorang pelakon lelaki tampil untuk memberi keterengan bagi membantu siasatan kes melepaskan dua das tembakan ke udara dua tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK: “Berapa bulan dah?” – Ini Respon Balas Fazura Untuk Peminat Yang Mengejutkan

loading...

Hairul AzreenHairul Azreen

Rakaman video pelakon tersebut, Hairul Azreen Idris, 30, yang berdurasi 48 saat tular di laman sosial YouTube sejak tiga hari lalu.Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian melepaskan tembakan tersebut berlaku di belakang rumah bapa saudaranya di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada Julai 2016.

“Menerusi video tersebut, Hairul Azreen dilihat melepaskan dua tembakan menggunakan senapang patah milik bapa saudaranya yang dilesenkan untuk membunuh musuh tanaman.“Dia dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut kerana khuatir video tersebut boleh mencetuskan persoalan dan kebimbangan kepada masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini hari ini.

Menurutnya, senjata senapang patah jenis SK500 tersebut dan 29 butir peluru penabur hidup dirampas bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 8, 39 dan 41 Akta Senjata Api 1960.
Sementara itu, difahamkan pelakon tersebut dijangka hadir di IPD Perak Tengah petang ini untuk memberi keterangan. – UTUSAN ONLINE
Hanya pemilik lesen boleh kendalikan senjata api | Nasional


JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan kelulusan pembaharuan lesen pemilikan senjata api disaring dengan ketat, terutama pemohon yang sudah berusia bagi memastikan keupayaannya mengendalikan senjata dengan baik.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata KDN sentiasa berhati-hati dan menjalankan kajian latar belakang pemilik lesen senjata api bagi memastikannya benar-benar layak.

Katanya, pada masa sama pemilik senjata api juga perlu menjaganya dengan baik bagi memastikan keselamatan atau mengelak disalah guna.“Kerajaan sentiasa berhati-hati dan membuat kajian mengenai latar belakang pemohon senjata api. Bahaya senjata api ini jika tidak disimpan dengan sempurna boleh membawa perkara yang tidak baik,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulai 2017, di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini, hari ini.Beliau berkata demikian mengulas mengenai kanak-kanak berusia lapan tahun, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin, maut tertembak senapang patah di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena, Kedah, kelmarin.
Senapang patah itu adalah milik moyang mangsa yang berusia 80 tahun dan lesen senjata api untuk pemilikan senapang patah itu pula didapati masih sah sehingga Jun tahun hadapan.

Berdasarkan siasatan awal, datuk mangsa berusia 50 tahun dipercayai mengambil senjata api terbabit untuk menembak tupai, namun bapa saudara mangsa secara tidak sengaja tertembak senapang patah itu lalu terkena Puteri Intan Sharini.Susulan itu, datuk dan bapa saudara mangsa berusia 15 tahun direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis tidak menolak kemungkinan faktor kecuaian mengendalikan senjata menjadi punca kejadian.Nur Jazlan berkata syarat kelulusan untuk memiliki senjata api ketika ini memang ketat dan setiap pemilik yang hendak memperbaharui lesen perlu menjalani ujian menembak untuk memastikan mereka masih berupaya mengendalikan senjata api itu.“Ujian itu juga terutama bagi yang sudah berusia lanjut ini bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik, tidak rabun dan tiada masalah mental sebelum lesen lesen disambung setahun lagi,” katanya.

Nur Jazlan berkata, dalam kes yang berlaku Rabu lalu, lesen senjata api milik moyang mangsa itu akan ditarik balik kerana didapati melanggar syarat lesen apabila bukan digunakan oleh pemilik lesen yang sah.

“Senjata itu tidak boleh dipinjam orang lain. Ini sudah melanggar syarat lesen dan kita akan tarik balik lesen. Hanya pemilik lesen yang boleh memegang dan mengendalikan senjata api mereka, malah hanya boleh digunakan di dalam kawasan yang ditetapkan,” katanya.

Sumber – kosmoonline

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post