Twitter menjadi antara platform bagi kebanyakan artis Malaysia bersuara kegusaran mereka. Jika sebelum ini, pelakon Beto Kusyairi dan Zahiril Adzim pernah meluahkan kekecewaan mereka dengan industri perfileman negara, baru-baru ini seorang lagi perlakon tempatan memberikan keluhan yang sama.
‘Kalau Berterusan Macam Ini, Jahanam’ – Nabila Huda Persoal Kualiti Pelakon-Pelakon Baru? |
Nabila Huda atau lebih dikenali ramai sebagai Abil semalam ada memuat naik status mempersoalkan tentang pelakon-pelakon baru industri. Menerusi Twitter, Abil bertanya pandangan orang ramai patutkah pelakon extra/baru diberi watak berat dan utama untuk slot penting di stesen TV?
ARTIKEL MENARIK: Janganlah Sampai Menghina Keluarga Atau Menggunakan Kata-Kata Kesat’- Respon Ajak Bila Dilabel Host ‘Kayu’
loading...
Korang setuju?
Bagi Abil sendiri, dia merasakan pelakon-pelakon baru industri sewajarnya membawa watak sampingan terlebih dahulu bagi menimba ilmu dan pengalaman secukupnya sebelum boleh memegang watak utama.
Abil rasa janggal tengok pelakon baru?
Pelakon ‘Munafik’ itu terus menyoal industri perfileman negara adakah pemilihan watak kini semata-mata berdasarkan wajah ‘fresh look’, bayaran murah, kulit putih melepak dan pengikut ramai di Instagram dan tidak lagi melihat pada bakat dan kualiti lakonan?
Abil sempat berkongsi pernah melalui fasa yang sama suatu ketika dulu di mana dia sendiri melalui liku perjalanan yang panjang sebelum berada di tahap kini, akui banyak belajar dengan pelakon-pelakon dan pengarah senior.
Timba ilmu dengan pelakon dan pengarah senior
Kongsinya, suatu ketika dulu juga berlakon ‘kayu’ tetapi mula belajar dengan mereka yang berpengalaman, berkongsi ilmu untuk beberapa tahun sebelum diberikan tanggungjawab untuk memegang watak utama.
Ambik masa lama sebelum layak main watak utama
Luahnya lagi, generasi hari ini tidak lagi seperti dulu yang menekankan pada bakat dan kualiti, tetapi lebih kepada ‘muka’ dan ‘kepopularan’. Memang benar pelakon-pelakon berkualiti kebanyakannya sudah lanjut usia, tetapi kata Abil, jika dibiarkan perkara ini berterusan, pasti akan memberi impak negatif kepada industri perfileman tanah air.
Generasi hari ini berbeza
Sumber: Twitter Nabila Huda via Ohbulan.com
Post a Comment