SEORANG lelaki yang disahkan meninggal dunia oleh tiga doktor mengejutkan kakitangan hospital apabila dia berdengkur di atas meja bedah siasat dan sebenarnya masih hidup.
Gempar! Mayat Lelaki Ini Disahkan Meninggal, Namun Tiba-Tiba Mayat Itu "Berdengkur" Membuatkan Doktor Forensik Terkedu! |
Menurut laporan berita tempatan, Gonzalo Montoya Jimenez, 29, ialah seorang banduan di utara Sepanyol.
Lapor La Voz de Asturias, dia ditemukan tidak sedarkan diri di dalam selnya pada Ahad dan dipercayai sudah meninggal dunia.
Tiga doktor forensik didakwa memeriksa Jimenez dan mengesahkan kematiannya.
Empat jam kemudian, dia didengari mengeluarkan bunyi sebaik sebelum prosedur autopsi dilakukan ke atasnya.
ARTIKEL MENARIK: Mayat pendaki ditemui, dibawa turun
loading...
Badan suspek turut sudah ditanda sebagai panduan untuk melakukan proses bedah siasat dan ini menandakan pengesahan kematian itu bukan baru dibuat.
Suspek kini sudah sedarkan diri dan berada dalam unit rawatan rapi di Hospital Universiti Pusat Asturias di Oviedo, Sepanyol. - Livescience
Sumber: Mstar Online
Post a Comment