Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memulangkan dua pingat yang diterimanya daripada sultan Selangor, termasuk satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.
Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Pulangkan Semula Pingat Kebesaran Selangor |
Hal ini telah disahkan oleh seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
ARTIKEL MENARIK: Israel dan Amerika Negara Terkuat? Ketahuilah Senarai 8 Negara Islam Ini, Punyai Kekuatan Ketenteraan Yang TERKUAT Di Dunia!! Agak-Agak Indonesia Dan Malaysia Ranking Keberapa?
loading...
"Betul", kata Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Rais Hussin yang mengesahkan tindakan Mahathir itu.
Turut mengikut tidakan Tun M ialah isteri kesayangan beliau, Tun Dr Siti Hasmah yang disahkan sendiri oleh pembantu Dr Mahathir.
"Beliau menyerahkan semula pingat berkenaan pada hari yang sama," katanya.
Datuk Rais juga berkata keputusan itu telah dibuat tanpa desakkan mana-mana pihak dan atas pertimbangan Tun M sendiri.
Namun, beliau enggan memberi penjelasan yang lanjut mengenai alasan pemulangan pingat tersebut. Sebaliknya beliau memilih untuk berkias.
"Sudah gaharu cendana pula," katanya memetik sebahagian daripada peribahasa Melayu yang menyatakan mengenai sesuatu hal yang jelas nyata.
Pengerusi Parti BERSATU itu menerima pingat tersebut daripada Sultan Selangor pada tahun 1978 dan 2003 sebelum mengembalikannya semula kepada pihak Sultan Selangor. Pingat itu diserahkan kepada pegawai kanan di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pada Khamis lalu.
Pingat yang dikembalikan oleh Dr Siti Hasmah pula ialah anugerah yang diterima daripada Sultan Selangor pada 1983 dan 1994. Ia membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.
Pada awal November lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan agar semua pihak tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik.
Baginda juga bertitah tidakan tersebut boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat. Baginda yang merujuk kepada ucapan Tun Mahathir pada perhimpunan Sayangi Malaysia, hapuskan Kleptokrasi di Petaling jaya 14 Oktober lalu.
Dr mahathir dikatakan telah memandang serong kepada bangsa bugis dan telah mengecewakan Sultan Selangor atas ucapan beliau itu.
Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 22 Jun 1978 dan ia hanya dianugerahkan kepada dua individu pada sesuatu masa.
Beliau juga menerima Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) sebulan sebelum bersara sebagai perdana menteri pada Okt 2003.
Dr Mahathir menerima penghargaan itu pada majlis Jasamu Dikenang di Istana Alam Shah di Kelang.
Penganugerahan pingat itu dihadkan hanya kepada 25 orang pada sesuatu masa sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan individu yang terpilih.
Sultan Sharafuddin turut memberi pandangan mengenai Dr Mahathir dalam satu temu bual yang diadakan.
Sumber: Malaysiakini via Siakapkeli
Post a Comment