'Baitulmaqdis Telah Menjadi Ibu Negara Israel Selama 3,000 Tahun' - Benjamin Netanyahu

'Baitulmaqdis Telah Menjadi Ibu Negara Israel Selama 3,000 Tahun' - Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa, Baitulmaqdis telah menjadi ibu negara Israel sejak 3,000 tahun lalu dan menggesa rakyat Palestin menerima dan menghadapi 'realiti' itu.

'Baitulmaqdis Telah Menjadi Ibu Negara Israel Selama 3,000 Tahun' - Benjamin Netanyahu
'Baitulmaqdis Telah Menjadi Ibu Negara Israel Selama 3,000 Tahun' - Benjamin Netanyahu

Kata Netanyahu, Baitulmaqdis tidak pernah menjadi ibu negara mana-mana pihak lain.

ARTIKEL MENARIK: Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Pulangkan Semula Pingat Kebesaran Selangor

loading...

"Anda boleh baca dalam buku bertajuk 'Bible', baca sejarah komuniti Yahudi melalui diaspora kami. Mana lagi ibu negara Yahudi kalau bukan di Baitulmaqdis?

"Lebih cepat rakyat Palestin menerima 'realiti' ini, lebih cepat kita akan menuju keamanan," tegasnya.

Netanyahu berkata demikian berikutan protes umat Islam terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Pengisytiharan itu telah menyebabkan banyak pihak yang membuat protest bantahan di seluruh dunia.


Sementara itu, jurucakap Naib Presiden AS, Mike Pence mengkritik pihak berkuasa Palestin dan Presidennya, Mahmoud Abbas, yang menolak untuk bertemu semasa lawatannya ke rantau tersebut.

Di Mesir, para ulama Islam dan Kristian juga turut membatalkan rundingan berjadual dengan Pence sebagai tanda protest terhadap AS.

Timbalan Presiden Persatuan GUaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor, menyarankan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan AS sebagai langkah drastik membantah keputusan Donald Trump.

1.jpg
"Disebabkan Trump telah dengan terang-terangan melakukan pelanggaran terhadap undang-undang antarabangsa, ia alasan yang kukuh bagi negara-negara umat Islam di dunia untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika.

"Langkah itu tidak akan menjejaskan ekonomi negara Islam kerana masih banyak lagi negara dunia yang tidak mengiktiraf Israel untuk dijadikan rakan diplomatik," katanya.

Sumber: BBC, Sinar Harian via The Reporter


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post