PETALING JAYA: Pelakon Nadzmi Adhwa menegaskan tidak pernah mengambil barang terlarang (dadah) sepanjang hidupnya.
“Saya tidak pernah ambil dadah sepanjang 25 tahun ini. Bukan air kencing saya yang positif sebaliknya kawan saya yang mengambil barang terlarang itu” – Nadzmi Adhwa |
Nadzmi, 25, berkata, dia juga mengakui terdapat kesilapan pada laporan ujian air kencing ketika dilakukan pihak polis ketika dia dan rakannya dicekup pada 3 November lalu.
ARTIKEL MENARIK: Selepas Fathia Dan Sheila Majid Teruk Dikecam Netizen. Kini Giliran Adibah Noor Pula 'Buka Mulut'
loading...
“Saya tidak pernah ambil dadah sepanjang 25 tahun ini. Bukan air kencing saya yang positif sebaliknya kawan saya yang mengambil barang terlarang itu.
“Dalam situasi ini saya dan adik saya jadi mangsa dan terperangkap. Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku,” ujarnya kepada mStar Online.
Nadzmi kesal dengan apa yang telah berlaku.
Pelakon drama Hati Perempuan itu ditemui pada majlis sidang media khas berhubung isu itu pada petang Khamis.
Dalam pada itu, Nadzmi berkata, dia meminta maaf atas kesilapan tersebut dan berjanji untuk lebih berhati-hati dalam memilih kawan.
Katanya, perkara itu juga menjadi dugaan paling hebat dalam hidupnya terutama selepas bergelar selebriti.
“Ini dugaan paling berat buat saya apabila beberapa kontrak iklan dan tawaran sebagai pengacara terpaksa dibatalkan.
Nadzmi akui kontroversi tersebut mencalar imejnya sebagai selebriti.
“Setakat ini saya kerugian dianggarkan lebih RM80,000. Saya tahu reputasi saya sebagai artis yang bebas kontroversi juga sedikit tercalar,” ujarnya.
Dalam kejadian pada 3 November lalu, polis menemui bahan terlarang iaitu ganja dalam kereta seorang pelakon di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Setiawangsa, Taman Setiawangasa, Kuala Lumpur.
Pelakon itu ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi selepas hasil pemeriksaan menemui sebuah tin berisi daun ganja yang disembunyikan di tempat duduk bahagian pemandu kereta.
Dia turut ditahan bersama seorang rakan dan adiknya dan hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati pelakon itu positif dadah.
Sumber: Mstar
Post a Comment