“Kepala bapak hang Puteri Umno!” – Netizen Hentam Dira Abu Zahar ‘Sound’ Fathia Latiff

“Kepala bapak hang Puteri Umno!” – Netizen Hentam Dira Abu Zahar ‘Sound’ Fathia Latiff

Kalau semalam kecoh isu Azwan Ali ingin jatuhkan abang kandungnya yang juga Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dalam pilihan raya akan datang.

“Kepala bapak hang Puteri Umno!” – Netizen Hentam Dira Abu Zahar ‘Sound’ Fathia Latiff
“Kepala bapak hang Puteri Umno!” – Netizen Hentam Dira Abu Zahar ‘Sound’ Fathia Latiff

Hari ini kecoh pula isu perbalahan semasa artis yang melibatkan Fathia Latiff dan Dira Abu Zahar bersempena ucapan pelakon tersebut di Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

ARTIKEL MENARIK: DIHENTAM Ramai Kerana Bela Tun Mahathir. Ini Komen TERKINI Fathia Yang Lebih WOW Jom Baca Dan Kongsikan.

loading...

dira.png

Dira Abu Zahar yang juga Exco Puteri UMNO Tangga Batu telah menyelar tindakan pelakon Fathia Latiff yang sering memuat naik status berkaitan isu politik semasa di akaun Twitter, lapor mStar.

“Kenapa hendak percaya kepada dakyah-dakyah ringan seperti Fathia Latiff. Tidak perlu. Dia bukan tahu apa pun. Kalau betul hendak cerita pasal rakyat turun padang macam Puteri UMNO.

“Setakat pegang telefon bimbit dan tekan-tekan dia boleh duduk diam-diam. Betulkan hidup dia dulu, betulkan lakonan dia dulu, tidak payah sibuk hal kerajaan,” kata Dira dalam sebuah ucapan di perhimpunan tersebut.


Teguran panas Dira terhadap Fathia telah menerima hentaman hebat daripada netizen yang menyifatkan Exco Puteri UMNO itu sebagai sombong dan tidak adil untuk tidak membenarkan golongan artis bersuara tentang hal negara dan politik. Artis pun rakyat Malaysia juga kan?

1.jpg

2.png

Di samping itu, ada di kalangan netizen juga mempersoal tugas Puteri UMNO yang kononnya mengaku turun padang untuk membantu golongan yang memerlukan. Hmm iye ke macam tu? 

3.png

4.png

Walau bagaimanapun, pengarah dan pelakon, Ahmad Idham dalam kenyataannya di Malaysiakini berkata, artis juga berhak untuk bersuara serta patut dilayan sama rata seperti orang lain dan bukannya dikecam apabila menyuarakan pendapat.

“Tidak pernah lagi ada artis yang yang membantai kerajaan setahu saya. Mereka hanya menyuarakan pandangan dan apa yang boleh dibuat adalah cari dan cuba selesaikan persoalan diberikan mereka itu saja.

“Tetapi datang kecaman daripada pejuang siber politik yang menidakkan hak mereka untuk bersuara. Ini adalah cara menangani isu dengan level mentaliti rendah. Saya benar-benar kecewa,” katanya.

5.jpeg

Bagi Ahmad Idham, golongan selebriti sepatutnya dilihat lebih daripada konteks kerjaya yang berkaitan seni dan hiburan. Malah mereka juga berhak bersuara kerana negara ini mengamalkan demokrasi.

Apabila orang seni membangkitkan isu negara mengapa harus dihentam dan dikecam? Pandanglah daripada sudut positif bukan negatif.” 

Anda rasa bagaimana? Wajarkah golongan artis menyuarakan pendapat mereka sama seperti orang lain? Rasanya tak ada salah kan. Mereka juga rakyat Malaysia dan berhak berikan teguran. Apa-apa pun diharapkan pihak kerajaan menerima teguran mereka dengan hati yang terbuka.

Sumber: Lobakmerah.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post