Masalah tekanan perasaan atau kemurungan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Orang yang mengalami masalah ini, berkemungkinan berdepan dengan masalah perbadi mahupun kerjaya dalam hidup mereka.
“Pernah Mengadu Dan Cuba Menarik Perhatian Orang Tapi Tidak Diendahkan” – Lelaki Ini Dedah Punca Kematian Jonghyun SHINee |
Hidup moden yang penuh dengan kesibukan demi memenuhi kehendak sekeliling menyebabkan ramai yang mengalami kemurungan. Namun jika kemurungan berlaku secara kerap, badan dan nyawa sendiri terpaksa membayar padah.
ARTIKEL MENARIK: Ini Dia 6 Artis Wanita Malaysia Memilih Untuk ‘Buka’ Tudung, No. 5 Buat Semua Terkejut!
loading...
Dalam tahun ini saja sudah beberapa artis Korea telah mengambil keputusan membunuh diri akibat tekanan. Berikutan itu, saudara Ayman Rashdan Wong telah membuat sedikit perkongsian mengenai punca-punca artis Korea ini membunuh diri. Jika anda sedang berdepan dengan tekanan, hadapi dan tangani dengan cara yang lebih berhemah.
Saya pun tak nak over-analyze isu ini. Tiada perlunya keluarkan kajian Emile Durkheim pasal “Suicide”. Saya pernah menulis pasal mengapa kadar bunuh diri tinggi di Korea Selatan (Hell Joseon). Jadi kes Jonghyun ini kira lanjutan kepada penulisan saya yang lepas.
Punca kematian Jonghyun tidak lain stres: stres yang tak dapat disalurkan keluar. Orang Korea (dan orang Asia Timur secara umumnya) dididik untuk “internalize” stres. Adalah “shameful” sekiranya mengadu pasal stres, lagi-lagi lelaki. Itulah yang paling menakutkan: anda perlu memerangi stres secara berseorangan. Dan itu akhirnya membawa kepada kemurungan yang berpanjangan atau “depression”.
Orang yang tak tau selok-belok K-Pop ni mungkin akan anggap K-Pop ni main-main je. Tapi sebenarnya majoriti artis K-Pop, terutamanya mereka di bawah syarikat “Big Three” (SM Entertainment, JYP Entertainment, YG Entertainment) perlu melalui kehidupan di luar kemampuan manusia biasa.
Bukan saja mereka perlu melalui latihan long hour, malah kalau mereka cedera pun kena teruskan persembahan. Artis-artis K-Pop kalau pengsan atas pentas, patah kaki atau patah tangan tu kira perkara biasa. Lagi menakutkan, kehidupan mereka di bawah seliaan rapi. Tak boleh berkawan dengan sebarangan orang, tak boleh dating, tak boleh pergi tempat yang sendiri nak pergi. Pendapatan diperas. Orang yang kuat agama pun boleh tewas kalau macam ini.
SHINee ni kira antara kumpulan yang paling excel dalam industri K-Pop, dan mereka pula berada di bawah syarikat SM yang paling “notorious” dari segi layanan kepada artis-artis. Jadi boleh jangka apakah jenis kehidupan yang ahli-ahli kumpulan pernah lalui. Jadi tak hairan kerana itulah Jonghyun mengidap kemurungan.
Dan perasaan “loneliness” dan “isolated” sepanjang perjalanan stardom itu yang betul-betul membuat Jonghyun membuat keputusan untuk menamatkan hidupnya. Dalam surat wasiatnya, Jonghyun tinggalkan ayat “난 오롯이 혼자였다“. Maksudnya “I was completely lonely”. Penggunaan 오롯이 menunjukkan betapa seriusnya tahap loneliness yang dilalui.
Lihat pada ayat-ayatnya yang lain:
“They told me not to be like that”.
“They told me to figure out why I was hurting”.
“I know very well why. I’m hurting because of me. It’s all my fault and because I’m bad”.
Dari situ kita tahu, Jonghyun sebenarnya pernah mengadu dekat orang, tapi orang lain semua bagi nasihat skema “be strong” “don’t be like that” “come on”. Nasihat-nasihat yang tidak membantu orang yang ada kemurungan.
Apa yang mereka perlukan ialah perhatian dan listening ear untuk “fight their demon inside”. Sebelum Jonghyun mati, dia cuba untuk menarik perhatian dengan membuat bising, tapi tak ada orang peduli dia. Mungkin itu yang menjadikannya nekad untuk membunuh diri.
Kematiannya boleh jadi pengajaran kepada kita. Lain kali kalau rakan-rakan kita tiba-tiba jadi semacam memerlukan perhatian, jangan simply brush him/her aside. Kita tak tau sekiranya beliau dilanda kemurungan dan memerlukan bantuan kita. Tak rugi meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk layan mereka. You might save a life.
Surat asal Jonghyun dalam Bahasa Korea: News.chosun
Terjemahan surat Jonghyun: Allkpop
Sumber – Ayman Rashdan Wong
Post a Comment