Kucing Ini Hampir Mati Kelaparan Dan Kesejukan Kerana Terlalu Rindukan Arwah Tuannya

Kucing Ini Hampir Mati Kelaparan Dan Kesejukan Kerana Terlalu Rindukan Arwah Tuannya

Hubungan antara haiwan manja iaitu kucing dengan manusia sememangnya erat, dan ianya bukan perkara yang luar biasa.

Kucing Ini Hampir Mati Kelaparan Dan Kesejukan Kerana Terlalu Rindukan Arwah Tuannya
Kucing Ini Hampir Mati Kelaparan Dan Kesejukan Kerana Terlalu Rindukan Arwah Tuannya

Ini kerana kucing adalah haiwan yang sangat manja dengan manusia, hanya yang benar-benar mengasihani haiwan sahaja yang tahu bagaimana kasih sayang antara manusia dan juga haiwan itu terjalin.

ARTIKEL MENARIK: Petai terakhir untuk ibu

loading...

Seperti manusia, kucing juga dahagakan perhatian dan kasih sayang, sekali anda sudah sayang, pasti anda tidak mampu untuk berjauhan dengan haiwan kesayangan anda itu.

Kucing mampu meredakan kemarahan anda, andai anda dalam keadaan tertekan dan mempunyai masalah, kucing mampu memberi ketenagan. Begitu juga sebaliknya, jika anda seorang yang sangat baik dan sering membelainya, sampai ke akhir hayatnya akan ingat dan sayangkan anda.



Kejadian ini berlaku apabila lelaki ini tiba kawasan tanah perkuburan untuk melawat kubur bapanya di Keputih Surabaya. Selang 3 kubur dari kubur bapanya, terbaring sekujur tubuh kucing berwarna putih yang kelihatan nazak dan mungkin tidak bernyawa.

Menurut penjaga kubur di situ, kucing itu telah tidak berganjak dari kedudukannya walaupun hujan turun dengan lebatnya.

Pada mulanya lelaki ini ingat kucing tersebut telah mati. Tetapi pada saat di mendekatinya, kucing tersebut masih bernafas! Meskipun dalam keadaan tidak menentu, dengan badannya masih basah kuyup dan tidak terurus.

Dia cuba mengambil kucing tersebut, namun ia memberi reaksi yang agak agresif serta mencakar dan mahu menggigit, seolah – olah tidak mahu dialihkan dari situ. Apakah dia mahu menghabiskan hari – hari terakhir sisa – sisa hidupnya di situ ?


Menurut penjaga kubur lagi, kucing itu sering berada di kubur itu sejak kecil lagi dan kubur tersebut memang menjadi tempat ia selalu berada. Apakah hubungan di antara pemilik kubur tersebut dengan kucing itu, tidak diketahui sebabnya.

Oleh kerana tidak mahu membiarkannya di situ, lelaki ini kemudiannya pulang dan kembali semula ke kubur tersebut dengan membawa sangkar.


Kucing itu kini sedang menjalani rawatan.


Berita terbaru, kucing berkenaan telah pun mati ketika sedang dirawat. Mungkin kerana sudah terlalu lemah dan tidak mampu bertahan lagi. Inilah kisah cinta haiwan dengan tuannya.

Sumber: Lenteraemas.com

Sumber: aliffchannel.com


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post