“Kalau Kembalikan Subsidi Minyak & Mansuhkan Tol, Pencemaran Akan Lebih Serius” – Najib

“Kalau Kembalikan Subsidi Minyak & Mansuhkan Tol, Pencemaran Akan Lebih Serius” – Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata; janji pembangkang untuk mengembalikan subsidi minyak dan memansuhkan tol tidak membantu usaha mengekang pencemaran udara kerana sekiranya dilaksanakan ia akan menyaksikan pertambahan kenderaan di jalan raya

“Kalau Kembalikan Subsidi Minyak & Mansuhkan Tol, Pencemaran Akan Lebih Serius” – Najib
“Kalau Kembalikan Subsidi Minyak & Mansuhkan Tol, Pencemaran Akan Lebih Serius” – Najib

Tindakan sedemikian tidak membantu usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara bebas karbon menjelang 2050.

ARTIKEL MENARIK:  Petai terakhir untuk ibu

loading...


“Kami bertekad untuk mencapai pengurangan 45% pencemaran pada 2030 dan mensasarkan bebas karbon menjelang 2050, bukti komitmen kami untuk generasi muda akan datang.

“Inilah komitmen sebenar, bukan janji murahan, seperti yang akan kita dengar daripada ahli politik yang menjanjikan kurang tol dan subsidi minyak.

“Selain tidak mengetahui bagaimana mereka akan membiayai polisi seperti ini, tindakan itu juga akan menyaksikan lebih banyak kereta di atas jalan raya dan menjadikan pelepasan karbon dioksida lebih tinggi sedangkan kita berusaha untuk menurunkan kadarnya,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kuala Lumpur International Youth Discourse ke-2 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Dalam ucapannya, Najib berkata, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), menyaksikan dasar kerajaan memberikan fokus kepada langkah-langkah pembangunan hijau.

Beliau menambah, Malaysia mahu mencapai sasaran yang ditetapkan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB, di mana penandatangan komited mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau dengan matlamat mencegah campurtangan antropogen berbahaya dalam sistem iklim Bumi.

“Saya berjanji kepada anda semua, kerajaan ini tidak akan sesekali menggunakan kelebihan politik singkat berbanding kepentingan nasional.

“Keselamatan rakyat Malaysia pada masa-masa akan datang tetap akan kami dahulukan,” katanya lagi.

–FMT

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post