Menerusi status yang dimuatnaik di Facebook Ustazah Hamidah, individu ini dipercayai telah menulis sesuatu yang menjatuhkan air muka Aishah malah lebih memalukan, beliau turut menyamakan Aishah seperti seekor binatang.
Gara-gara Dikutuk Gemuk Dan Disamakan Seperti B#B%, Aishah Cabar Ustazah Bersemuka |
Berdasarkan pemahaman kami, status tersebut dibuat bagi memujuk Aishah menyertai sebuah parti politik dan turut berasa kecewa melihatkan penyanyi ini kini aktif semula menyanyi.
ARTIKEL MENARIK: “Aish Baik-Baik Dengan Baba, Jangan Lupa Bonda” – Isteri Pertama Ude
loading...
Aishah Cabar Untuk Bersemuka
Status tersebut juga sampai ke pengetahuan Aishah. Tidak mudah melatah dengan status yang menjatuhkannya itu, sebaliknya dia mencabar empunya nama Ustazah Hamidah itu untuk datang berjumpa dan memaki di hadapannya.
Tambah Aishah, beliau langsung tidak terkesan dengan status itu dan mengharapkan dapat buat yang terbaik dalam peringkat akhir Gegar Vaganzaminggu hadapan.
DEDAH ALAMI SAKIT MISTERI – SYURA AKUI TURUN 12KG TANPA SEBAB
Jika sebelum ini penyanyi Elyana mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat, kini penyanyi Syura, 32, juga turut mendedahkan yang dia mengalami penyakit misteri.
Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron memberitahu yang dia mengalami penyakit itu ketika berada di Indonesia untuk merakam lagu terbaru beberapa bulan yang lalu.
Kata bekas peserta Gegra Vaganza musim ke-4 (GV4), penyakit tersebut telah membuatkan dirinya muntah berterusan, sakit kepala yang teruk, kebas sebelah badan dan kehilangan suara di waktu pagi.
“Beberapa bulan yang lalu saya ada pergi ke Indonesia untuk merakam lagu terbaru. Ketika perjalanan nak ke sana, badan saya dah rasa tak berapa sihat. Saya muntah-muntah sebanyak tiga kali di atas kapal terbang.
“Sampai hotel pun saya muntah lagi. Rasa kebas sebelah badan. Kerap sakit kepala yang teruk dan kehilangan suara setiap pagi,” jelasnya yang sedang bergelut dengan penyakit misteri sejak beberapa bulan lalu.
Syura membuat pendedahan itu ketika ditemui selepas tersingkir pada konsert separuh akhir GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.
Menurut Syura lagi, pada awalnya dia menganggap sakit yang dialaminya hanya sekadar penyakit biasa. Namun selepas memasuki program GV4 pada September lalu, berat badannya menurun kira-kira 12 kilogram tanpa sebab.
“Pada mulanya saya rasa biasa sahaja bila diserang penyakit itu. Tapi semakin pelik bila saya masuk GV4, berat badan saya menurun. 12 kilo hilang tanpa sebab. Nak kata saya tak makan, saya makan saja macam biasa,” ujarnya.
Dalam pada itu, Syura berkata, dia terlalu memikirkan masalah yang dihadapi sehingga hilang fokus pada malam separuh akhir menyebabkan dia tersingkir.
Sementara itu, Syura turut memaklumkan yang dia juga merancang untuk berubat secara tradisional dalam masa terdekat.
“Saya ada terserempak dengan Datuk Fadzilah Kamsah beberapa minggu yang lalu. Dari jauh dia panggil untuk bertanya mengenai keadaan saya.
“Secara tiba-tiba dia boleh tahu yang saya sakit. Malah, dia tidak berhenti kata seram melihat saya seperti ada sesuatu.
“Sejak dari itu, saya terfikir kemungkinan memang ada benda yang menganggu. Saya memang ada rancangan nak berubat, Insya-Allah dalam masa terdekat,” katanya.
Sumber : mstar/myartis
Post a Comment