Akibat Sakit Hati, Wanita Ini Menanam Barisan Pokok Dan Tunggu Selama 20 Tahun Untuk Pokok Itu Membesar..Alasannya Cuma Sebab Dendam pada Jiran.

Terdapat pepatah mengatakan “dendam seorang lelaki mengambil masa sepuluh tahun dan tidak pernah terlambat”. Dalam kes ini, pembalas dendamnya bukan seorang lelaki tetapi seorang wanita Inggeris.

ARTIKEL MENARIK: ‘Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!’ – Suami berang dan tengking isteri kerana dicaj RM275 untuk beli barang keperluan

loading...

Dendam dirancang dengan perlahan dan begitu berkuasa sehingga beliau sanggup untuk menunggu selama 20 tahun untuk melihat dendam itu membuahkan hasil.
Wanita berusia 70 tahun ini bernama Valerie Vivian yang telah merancang untuk membalas dendam dengan cara yang sangat unik iaitu dengan menanam barisan pokok-pokok.
Betty Kelley yang berusia 89 tahun adalah salah seorang mangsa yang menjadi sasaran Valerie Vivian. Betty dan suaminya membeli sebuah banglo yang dapat melihat pemandangan Solsbury Hill di luar Bath, Somerset.
Betty dan suaminya juga telah memasang tingkap yang besar menghala ke bukit tersebut dengan harapan mereka boleh menikmati pemandangan indah pergunungan tetapi mimpi mereka telah dimusnahkan oleh rancangan pembalasan dendam Valerie.
Akibat Sakit Hati, Wanita Ini Menanam Barisan Pokok Dan Tunggu Selama 20 Tahun Untuk Pokok Itu Membesar..Alasannya Cuma Sebab Dendam pada Jiran.
Semuanya bermula 20 tahun yang lalu apabila Valerie Vivian yang tinggal di kejiranan yang sama, mahu membina sebuah rumah empat tingkat tetapi rancangannya sering dibantah oleh penduduk tempatan.
Selepas permohonannya ditolak sebanyak enam kali berturut-turut, Valerie menjadi berang dan beliau telah mengambil keputusan untuk menanam sebarisan pokok konifer Leylandii yang cepat membesar di sekeliling tanahnya pada tahun 2001. Pada permulaan Valerie menanam pokok tersebut, ia tidak membesar setinggi pada hari ini dan semua jirannya tidak memberi perhatian kepada tindakannya itu.
Bagaimanapun, pokok konifer mampu membesar dengan pantas setinggi satu meter dalam jangka masa satu tahun dan kini ia telah sepenuhnya menghalang pemandangan pergunungan yang cantik itu.
Akibat Sakit Hati, Wanita Ini Menanam Barisan Pokok Dan Tunggu Selama 20 Tahun Untuk Pokok Itu Membesar..Alasannya Cuma Sebab Dendam pada Jiran.
Kredit: David Hedges SWNS.com
Penduduk tempatan berkata Valerie tidak pernah menghiraukan permintaan mereka untuk memotong kesemua pokok konifer di sekeliling tanahnya yang luas itu.
Kejiranan itu kemudian menyedari rancangan dan niat sebenar Valerie menanam pokok-pokok itu dengan tujuan menghalang pandangan penduduk untuk menikmati pemandangan pergunungan yang cantik di situ.
Mereka mula meminta Valerie memotong pokok-pokok tersebut serta membuat bantahan kepada majlis tempatan namun kesemua usaha mereka berakhir dengan sia-sia.
Semua penduduk di situ berasa yakin yang Valerie Vivian telah membuat rancangan membalas dendam kerana beliau berasa berang dan tidak berpuas hati kerana permohonannya mendapatkan kebenaran membina rumah empat tingkat di atas tanahnya menemui kegagalan dan ditolak pihak majlis tempatan.
Akibat Sakit Hati, Wanita Ini Menanam Barisan Pokok Dan Tunggu Selama 20 Tahun Untuk Pokok Itu Membesar..Alasannya Cuma Sebab Dendam pada Jiran.
Betty Kelley berkata, “Pemandangan indah Solsbury Hill sememangnya sangat cantik, tetapi kini semuanya telah hilang dengan sepenuhnya. Dahulu kami dapat melihatnya dengan jelas dan atas sebab itu, saya dan suami telah membeli banglo ini.”
Betty berkata lagi, “Suami saya mahu melihat pemandangan pergunungan itu, dengan memasang tingkap yang besar supaya kami dapat merasai suasana berada dalam kehidupan kampung. Tetapi kini semuanya tidak memberi makna.”
Betty Kelley yang telah bersara sebagai penyambut tetamu menambah, “Jika saya boleh berpindah, saya akan berbuat begitu, tetapi kini saya telah tua. Tempat ini tidak lagi mempunyai perasaan lapang , ia bagaikan satu benteng.”
Akibat Sakit Hati, Wanita Ini Menanam Barisan Pokok Dan Tunggu Selama 20 Tahun Untuk Pokok Itu Membesar..Alasannya Cuma Sebab Dendam pada Jiran.
Pada masa kini, pokok-pokok konifer yang hebat ini masih terus membesar dengan cepat dan dijangka akan mencecah ketinggian sehingga 30 meter. Selepas kebanyakan penduduk tempatan membantah tindakan Valerie ini, Majlis Tempatan Bath dan Timur Laut Somerset akhirnya telah bersetuju untuk membantu menyelesaikan pertikaian tersebut dan berharap ia boleh mengekalkan keamanan di dalam komuniti tersebut.
Di bawah Akta Perlakuan Antisosial dalam peruntukan seksyen pagar hidup tinggi, pihak majlis boleh mengarahkan pagar hidup yang menghalang ‘kemasukan cahaya atau laluan’ supaya ditebang dan dialihkan. Akan tetapi, dalam hal ini, penduduk di situ masih menerima kemasukan cahaya yang mencukupi dan pokok-pokok konifer Valerie tidak menghalang laluan sesiapa pun di kejiranan tersebut.
Valerie Vivian telah didesak jiran-jirannya untuk memotong barisan pokok-pokok konifer, mencantas pendek atau memindahkan pokok-pokok tersebut, tetapi Valerie telah menolak untuk memberi sebarang komen.
Akibat Sakit Hati, Wanita Ini Menanam Barisan Pokok Dan Tunggu Selama 20 Tahun Untuk Pokok Itu Membesar..Alasannya Cuma Sebab Dendam pada Jiran.
Kredit: David Hedges SWNS.com
Para netizen yang membaca kisah pertikaian ini memberi komen :
“Membalas dendam, paling terbaik dalam keadaan dingin.”
“Wanita ini amat sabar…Beliau sanggup menunggu sehingga 20 tahun untuk menikmati saat ini!”
“Cara membalas dendam yang sangat mesra alam!”
“Barisan pokok itu memberi pemandangan yang sangat cantik untuk dilihat!”
“Mengapa pula saya tidak boleh menanam pokok di tanah milik saya! Anda tidak boleh mengarah untuk menanam tanaman kesukaan anda di tanah saya!”
Akibat Sakit Hati, Wanita Ini Menanam Barisan Pokok Dan Tunggu Selama 20 Tahun Untuk Pokok Itu Membesar..Alasannya Cuma Sebab Dendam pada Jiran.
Kredit: PA
Nampaknya masalah ini bukan satu perkara yang mudah untuk diselesaikan. Sehingga Valerie Vivian sendiri memberi persetujuan menyelesaikan masalah pokok-pokok konifer yang menjadi pertikaian yang berlarutan itu di antara dirinya dan jiran-jiran. Jika tidak, tiada apa yang boleh dilakukan oleh jiran-jiran ini untuk melembutkan hati Valerie yang sudah keras buat sekian lama.
Walaupun tidak lagi dapat melihat pemandangan pergunungan Solbury Hill dengan jelas dan cantik, sekurang-kurangnya penduduk di sini dapat menghirup udara yang segar dan kualiti oksigen yang lebih baik hasil daripada pokok-pokok konifer yang  telah ditanam oleh Valerie Vivian.
Sumber - http://otaiviral.net/

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post