“Terima kasih menteri kerana prihatin dan ambil berat kesusahan rakyat Malaysia dan sayang pada rakyatnya,” berikut luahan pengguna Facebook, Kashfhy Hashim saat dikhabarkan berita kenaikan harga minyak petrol mingguan.
‘Wahai menteri, fahamilah kesusahan kami’: Harga minyak di Malaysia naik sedangkan harga minyak dunia turun? |
Hari ini, rakyat terpaksa menerima situasi apabila harga minyak petrol mingguan meningkat iaitu RON95 sebanyak 7 sen manakala RON97 sebanyak 6 sen membuatkan ramai yang mengeluh.
Perkara itu nyata membebankan rakyat yang rata-ratanya menggunakan kenderaan untuk melakukan tugas harian.
Pengguna Facebook, Ariah Mustapa meminta penjelasan daripada menteri mengenai situasi itu.
“Boleh tolong jelaskan kenapa harga minyak di Malaysia naik sedangkan harga minyak dunia turun? Pada siapa soalan ini boleh diajukan?” soalnya.
ARTIKEL MENARIK: Ingat Lagi Murid Dirantai Tong Gas? Keputusan Mahkamah Terkini Buat Ramai SEBAK
loading...
Sementara itu, tidak kurang juga rakyat yang meluahkan rasa marah mereka terhadap kenaikan harga minyak ini seperti pengguna Facebook, Hadrin Bakri.
“Minyak makin naik, ringgit makin merosot, pekerjaan makin kurang, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) makin menindas. Apa nak jadi dengan negaraku,” tulisnya.
Pendapatnya disokong pengguna Facebook, Rpeace Alias.
“Ya ALLAH, sampai 7 sen terus? mental aku. Dah la aku ‘travel’ jauh, terasa dizalimi pula,” tulisnya.
Sementara itu, ada juga yang melahirkan simpati kepada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang setiap minggu terpaksa berdepan kecaman orang ramai.
“Kasihan pegawai KPDNKK kena kecam, kita mereka hanyalah mangsa sedangkan ‘ketua’ mereka tak ambil tahu pun keperitan yang mereka alami,” tulis pengguna Facebook, Iswan Isa.
Dalam pada itu, ada juga yang cuba berjenaka apabila mengharapkan hari rabu dilenyapkan dari pada hari mingguan seperti pengguna Facebook, Noranissa Naman.
“Macam mana nak lenyapkan hari rabu ye? asal hari rabu je mesti minyak naik,” luahnya.
Bagaimanapun, ada juga pengguna yang berasakan bahawa harga minyak di Malaysia masih murah berbanding dengan negara-negara lain.
“Murah lagi kalau nak banding harga kat Nepal,India semua tu,” tulis Mohd Ridzwan.
Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 meningkat 7 sen, menjadi RM2.31 seliter dari RM2.24.
Petrol RON97 pula naik 6 sen, menjadi RM2.60 dari RM2.54 seliter.
Harga diesel pula naik 3 sen, menjadi RM2.20 dari RM2.17,kesemua harga baharu berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam ini sehingga 15 November depan.
Sumber: Sinar Harian
Post a Comment