PEREKA fesyen terkenal yang juga juga pemilik butik Azura Couture, Azura Mazaruddin mahu perintah mahkamah dilaksanakan terhadap dramatis Nur Arina Abdul Malek atau Erin yang gagal melunaskan hutang berjumlah RM50,000.
“Sila Bayar Hutang Majlis Kahwin Anda….” Azura Couture tuntut RM50,000 dari Erin Malek! |
Azura sebelum ini mendakwa Erin gagal membayar hutang berjumlah RM80,000 selepas menggunakan khidmatnya untuk majlis pernikahan dan persandingan pelakon berkenaan.
Erin Malek bernikah dengan jejaka pilihan hatinya Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.
ARTIKEL MENARIK: TERBELIAK BIJIK MATA TENGOK!! Inilah rupanya Foto-Foto Eksklusif sekitar Hiasan Dalaman Pejabat Milik Dato Siti Nurhaliza!! MEWAH!!!
loading...
Azura ketika dihubungi berkata, tahun lalu pihaknya sudah menghantar surat peguam dan pelakon itu bersetuju untuk menjalani proses mediasi.
“Dalam proses terbabit Erin yang diwakili bapa tirinya meminta agar harga bayaran perkhidmatan dan baju perkahwinan yang saya hasilkan dikurangkan kepada RM50,000.
“Pihak kami bersetuju dengan permohonan itu dan mahkamah memutuskan bahawa Erin yang diwakili oleh bapa tirinya harus melunaskan hutang berkenaan dengan membayarnya secara berperingkat setiap bulan,” katanya.
Bagaimanapun selepas setahun, Erin belum melunaskan bayaran seperti yang dipersetujui.
Jelas Azura lagi, berikutan Erin meminta harga dikurangkan, mahkamah mengarahkan pelakon itu memulangkan baju perkahwinan yang dihasilkan pereka fesyen terbabit.
“Dia bukan sahaja tidak bayar, malah tidak memulangkan baju seperti yang diarahkan,” katanya.
Azura berkata, bagi mendapatkan kembali haknya, dia hanya ada satu jalan iaitu meminta mahkamah mengeluarkan arahan pelaksanaan perintah.
“Bagaimanapun bukan mudah untuk melaksanakannya kerana surat harus diserahkan kepada Erin. Masalahnya, dia sudah berpindah dan pihak saya tidak tahu alamat terbarunya,” kata Azura.
Azura menjelaskan, dia cuba menjejaki Erin menerusi Instagram milik pelakon itu tetapi pesanan yang dihantar tidak berjawab.
“Komen yang dimuat naik di gambar Erin juga dipadam,” katanya.
Sumber : BH online via malaysiabolehbro.com
Post a Comment