Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu ?…
Kenali Kehidupan 4 Permaisuri Raja Melayu Tetapi Bukan Berdarah Raja |
Inilah ungkapan yang bisa HUNKZ ungkapkan apabila bercakap tentang “langkah kanan” kehidupan 4 orang Permaisuri Raja Melayu yang masih bertakhta pada hari ini.
Baginda Permaisuri menaiki takhta negeri masing masing sebagai Permaisui yang bukan dari darah diraja ataupun bukan Permaisuri gahara,
Dalam entry kali ini, ingin membawa pengunjung blog ini untuk mengenali serba sedikit mengenai latar belakang setiap seorang daripada 4 Permaisuri Raja Melayu Yang Bukan Berdarah Raja..
ARTIKEL MENARIK: [VIRAL] BANGSA JOHOR DIKECAM NETIZEN – Pembukaan IKEA TEBRAU, Bangsa JOHOR Digelar ‘JAKUN’..!
loading...
TUANKU HAJAH HAMINAH BINTI HAMIDUN
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun telah dilahirkan pada tahun 1932 di Pulau Pinang. Baginda telah mendirikan rumahtangga dengan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang pada ketika itu merupakan seorang majistret di Kuala Lumpur.
Perkahwinan baginda telah diserikan lagi dengan kehadiran 5 orang cahayamata iaitu dua orang putera dan tiga orang puteri iaitu YTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, YAM Raja Dato Seri Azureen, YAM Almarhum Raja Dato Seri Ashman Shah, YAM Raja Dato Seri Eleena dan YAM Raja Dato Seri Yong Sofia.
Diputerikan pada 15 Julai 1953, Tuanku Hajah Haminah merupakan puteri kepada Haji Hamidun Taib dan Hajah Isma binti Mohamad. Kehidupan baginda sebagai seorang rakyat biasa berubah apabila baginda mendirikan rumahtangga bersama KDYMM Sultan Kedah (Yang di-Pertuan Agong XIV) dan bergelar Che Puan Kedah, Haminah binti Hamidun.
Dengan qada dan qadar Illahi, pada 9 Januari 2004 baginda dengan rasminya telah dimasyur dan ditabalkan menjadi Sultanah Kedah yang baru menggantikan Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah.
Serentak dengan pertabalan tersebut, baginda digelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Sultanah Hajah Haminah Hamidun.
Tuanku Hajah Haminah bersama Pengiran Isteri Anak Hajah Saleha ketika Istiadat Santapan Malam bagi memuliakan lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV ke Brunei
Foto : Infofoto Brunei.
Apabila KDYMM Tuanku Abdul Halim dimasyurkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV pada 13 Disember 2011, Tuanku Hajah Haminah dengan rasminya bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan pertabalan baginda berdua dilangsungkan pada 11 April 2012.
DYMM Sultanah Hajah Kalsom telah dilahirkan pada tanggal 12 September 1951 dan mendirikan rumahtangga bersama KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah pada 14 Mac 1991. Selepas mendirikan rumahtangga, baginda memakai gelaran Yang Mulia Cik Puan Kalsom.
Sultanah Hajah Kalsom telah dimasyur dan ditabalkan sebagai Sultanah Pahang pada 30 September 1992 dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom. Pada istiadat yang sama, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan menganugerahkan Sultanah Kalsom dengan Darjah Kerabat Pahang, DK Pahang.
Pada 9 Disember 1988, telah berlangsung Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah dan DYMM Tuanku Bainun sebagai Sultan dan Raja Permaisuri Perak. Tuanku Bainun kemudiannya telah diisytiharkan pula sebagai Raja Permaisuri Agong IX dalam Upacara Angkat Sumpah DYMM Sultan Azlan Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong IX.
Diputerikan sebagai Rozita binti Adli Bakeri pada 7 Disember 1973 di negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman, baginda telah mendirikan rumahtangga dengan KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada tanggal 28 Mac 1996.Pada ketika itu, KDYMM Sultan Mizan bergelar Yang Dipertuan Muda Terengganu Darul Iman.
Selepas perkahwinan tersebut, Sultanah Nur Zahirah bergelar Yang Mulia Cik Puan Seri Rozita Adli Bakeri. Perkahwinan baginda menjadi lebih bahagia apabila telah dikurniakan dengan 4 orang cahayamata iaitu 2 orang putera iaitu DYTM Yang
Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan YAM Tengku Muhammad Mua’az serta 2 orang puteri iaitu YAM Tengku Nadhirah Zahrah dan YAM Tengku Fatimatuz Zahra.
Sumber : kiniviral
Post a Comment