SEBAGAI rakyat Malaysia, berita perubahan harga minyak yang diumum pada setiap Rabu seolah-olah sudah ‘sebati’ didengari sehinggakan ia tidak begitu dirasai perubahannya.
[VIRAL] BANGSA JOHOR DIKECAM NETIZEN – Pembukaan IKEA TEBRAU, Bangsa JOHOR Digelar ‘JAKUN’..! |
Namun semalam, rakyat terpaksa menerima situasi berbeza apabila harga petrol mingguan meningkat sedikit iaitu naik sebanyak 7 sen bagi RON 95 manakala RON 97 pula sebanyak 6 sen.
Maka ramailah mengeluh perkara berkenaan yang secara tidak langsung konon menyebabkan peningkatan kos sara hidup, ditambah pula rata-ratanya menggunakan kenderaan untuk melakukan tugas harian.
Bagaimanapun, pelik pula kisahnya yang berlaku di selatan tanah air apabila pembukaan hari pertama gedung IKEA di Tebrau, Johor Bahru dikatakan telah dipenuhi ribuan umat manusia sejak awal pagi tadi!
Keajaiban itu tercipta apabila kira-kira 5,000 pengunjung berpusu-pusu tidak lepas peluang menyerbu pintu masuk gedung perabot itu seawal jam 6 pagi, malah ada yang telah menunggu di situ sejak jam 12 tengah malam tadi.
Di media sosial, rata-rata netizen khususnya yang terdiri daripada warga Johor berkongsikan beberapa gambar dan video menarik menggambarkan mengenai kemeriahan dan suasana sesak orang ramai yang berkunjung.
ARTIKEL MENARIK: ‘Dapat Cium Kau Tadi, Wangi & Cantik Macam Selalu’ – Luahan Pilu Rakan Baik Meninggal Dunia Akibat Kanser
loading...
Situasi yang berlaku di Johor Bahru ini boleh dikatakan agak berbeza jika melihatkan situasi hari pertama pembukaan gedung cawangan IKEA di Cheras, Kuala Lumpur dua tahun lalu.
Mana tidaknya, jumlah pengunjung pada pembukaan kali ini difahamkan adalah dua kali ganda bilangannya berbanding di Cheras sendiri.
Perlu diingat, kerajaan pada 2015 masih belum mempraktikkan makanisme penetapan harga bahan api di pam minyak yang ditetapkan setiap minggu, namun lihatlah apa yang diulaskan oleh netizen di media sosial.
“Ramai yang mengeluh harga minyak naik ape bagai.. tapi, itu semua auta! Lihatlah betapa kaya sebenarnya rakyat Malaysia 😂😂,” tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Sri Effida.
“Wow! orang Johor IKEA kita… walaupun minyak naik, IKEA tetap penuh. Proud of Johor dan tunggu kami akan ke sana,” kata Yusrina Yusof.
Manakala Mimie Harni Musa pula menulis; “Minyak naik bising tapi bila shopping mall baru je buka terus berebut gi perabis pitih (duit), hipokrit 😂😂.”
Biarpun berita kadar kenaikan harga minyak yang didakwa konon hanya membebani rakyat, namun ini hakikat sebenarnya betapa menunjukkan masyarakat kini sebenarnya masih mampu berbelanja besar lagi.
Sebagai info tambahan, cawangan ketiga gedung beli belah terletak berhampiran Jalan Desa Tebrau itu merangkumi kawasan seluas 46,713 meter persegi yang menjadikan gedung IKEA terbesar di rantau Asia Tenggara.
Ia memiliki semua ciri-ciri yang ada seperti ratusan gedung IKEA lain di seluruh dunia termasuk 54 bilik pemeran berinspirasikan ala Sweden bagi kelengkapan rumah kontemporari.
Syarikat perabot ini mulanya menapak di Malaysia pada tahun 1996 sebagai sebuah premis jualan barang hiasan rumah, terletak di dalam sebuah pusat beli belah terkenal di Bandar Utama, Selangor.
Gedung kecil ini kemudian mendapat momentum yang cukup untuk berkembang pada 2003, membuatkan syarikat gergasi dari Sweden itu berpindah ke premis sendiri di sebuah bangunan biru di Mutiara Damansara.
Kemudian ia membuka sebuah lagi cawangan di Cheras, ibu kota pada 2015 lalu dan dikatakan bakal menambah lagi cawangan di Pulau Pinang tahun depan.
Sumber : AirSoya.Com
Post a Comment