Fazura Perlu Reda Bersuamikan Lelaki Muda – Che Ta

Fazura Perlu Reda Bersuamikan Lelaki Muda – Che Ta

KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan menasihati Fazura agar perlu reda banyak perkara apabila memilih pasangan yang mempunyai perbezaan usia agak jauh sebagai suami.

Fazura Perlu Reda Bersuamikan Lelaki Muda – Che Ta
Fazura Perlu Reda Bersuamikan Lelaki Muda – Che Ta

Rozita mengambil contoh, pandangan yang berbeza dalam sesuatu hal merupakan cabaran dalam rumah tangganya yang dibina dengan suami Zain Saidin.

“Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza.

“Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak reda dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL MENARIK: Tahniah Buat Fattah Amin & Fazura Yang Kini Sah Bergelar Suami Isteri..

loading...

Rozita berkahwin dengan Zain Saidin yang jauh lebih muda daripadanya.

Rozita Che Wan ditemui ketika melawat Expo Negaraku di Dataran Merdeka pada Isnin.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta diminta pendapat mengenai hubungan antara Fazura dan Fattah Amin yang dilaporkan telah bernikah dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel lima bintang pada Isnin.

Fattah berusia 27 tahun manakala Fazura pula berumur 34 tahun.


Bagaimanapun, Rozita berkata, melalui pengalamannya, perkara itu bukan satu masalah, sebaliknya dia melalui proses pembelajaran dalam rumah tangga sejak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu bersama Zain.

“Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama.

“Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti,” ujarnya.

Rozita, 44, dan Zain, 32, berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua tahun.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!



Sumber : mStar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post