Dua anggota polis dirakam sedang mengiringi seorang anak kecil yang hanya berlampin pulang ke rumahnya. Kita boleh melihat si kecil ini dengan gembira berpimpinan tangan dengan anggota polis tersebut sambil menghayunkan tangan kecilnya dan melompat-lompat riang.
PELIK Lihat Kanak² Ini Merayau Di Awal Pagi Hanya Pakai Lampin. Rupa²nya…. |
Mungkin si kecil ini tiada idea langsung yang dia telah tersesat. Tetapi syukur anggota polis itu membawa si kecil comel ini dengan selamat pulang ke rumahnya.
Pada satu awal pagi, seorang lelaki di dalam keretanya telah melihat seorang anak kecil lelaki berumur 2 tahun dengan hanya berlampin sedang berjalan-jalan secara bersendirian di hadapan sebuah kedai arak di Normal Height, San Diego.
Lelaki itu telah memberhentikan keretanya dan memanggil pihak polis. Kemudian dia bersama dengan anak kecil ini menunggu ketibaan polis di tempat kejadian.
ARTIKEL MENARIK: Jumpa Bayi Usia Sebulan Ini Di Tepi Jalan Raya Bawah Panas Terik. Apa Yg Ada Bersama Bayi Itu MENGEJUTKAN !!!
loading...
Dua orang anggota polis telah tiba di tempat kejadian dan kemudian mereka telah mengambil masa selama 30 minit berjalan mengiringi anak kecil ini sambil melalui beberapa jalan mencari rumahnya. Namun tidak berhasil.
Sehingga pada satu masa, mereka sudah hampir membawa kanak-kanak lelaki ini ke pusat kanak-kanak sehingga dapat mengenalpasti ahli keluarganya.
Ibu anak kecil ini telah tidur dengan nyenyaknya apabila anak lelakinya yang nakal ini telah terlepas keluar dari rumah.
Apabila wanita ini terbangun dari tidur, dilihat anak kecilnya telah tiada di tempat tidur dan mencari di seluruh rumah tetapi anaknya telah hilang.
Dengan risau dan panik, dia telah menelefon talian 911 dan melaporkan kehilangan anak kecilnya.
Pada masa itulah, pihak polis telah mendapat tahu alamat rumah si pengembara kecil ini lalu membawanya pulang ke rumahnya dengan selamat.
Walaupun kisah anak kecil terlepas ini berakhir dengan penamat yang selamat dan menggembirakan, ada netizen yang menyalahkan ibu kanak-kanak ini kerana telah bertindak cuai.
Seorang netizen menulis, “Lagi ibu bapa dungu yang tidak mengunci pintu rumah mereka. Ini boleh mengundang sesuatu yang tragik.
Sila ke kedai dan mula membeli rantai mangga pintu dan letaklah ia di pintu yang dia tidak boleh mencapainya.”
Seorang memberi komen, “Bila masanya kita boleh mendakwa ibu bapa yang tidak bertanggungjawab seperti ini dengan kecuaian selain sering cuba untuk menutup kesalahan diri dengan berkata kejadian seperti ini adalah kemalangan atau insiden itu selalu akan berlaku?”
“Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku! Ibu bapa perlu menggunakan akal fikiran menjaga keselamatan dan tingkah laku anak-anak mereka.”
Dan tidak semua menyalahkan ibu tersebut. Seorang netizen telah mengaitkan insiden tersebut tentang realiti membesarkan seorang anak yang masih kecil.
Katanya, “Pada usia 2 tahun, saya telah berjaya melepaskan diri apabila saya telah berjaya mengambil sebuah kerusi dan memanjatnya lalu membuka kunci mangga yang saya tidak boleh capai sebenarnya. Nasib baik saya telah dibawa ke rumah dengan selamat.”
Seorang netizen pula telah berkata, “Kanak-kanak itu tetap kanak-kanak dan anda tidak boleh membayangkan bagaimana mereka boleh bergerak begitu pantas untuk menilai dan bertindak.”
“Anak lelaki saya yang berumur setahun mencapai untuk mengambil sesuatu dengan memanjatnya semenjak usianya 7 bulan. Kadangkala dia membuat rantai mangga itu seperti tidak berguna apabila anak lelaki saya yang bijak boleh membuka apa sahaja dan berfikir bagaimana untuk membukanya.”
“Itu tidak bermakna ibu bapa tidak melakukan sesuatu dan mereka perlu dipersalahkan. Anak kecil yang seperti ini amat bijak dan akan berfikir untuk mencari jalan mereka yang tersendiri.”
Lihat video di bawah:
Playful little boy, wearing only a diaper, was found wandering…
RUNAWAY TODDLER FROLICS WITH SAN DIEGO'S FINEST.Only #10Newsthismorning captured this sweet moment as a little boy swung, skipped and jumped with the SDPD officers trying to find his family.The boy, wearing only a diaper, was found wandering 36th in Normal Heights, San Diego early Wednesday morning. His mother eventually woke and called 911 in tears when she couldn't find her son.He's back home safe with his family.
Posted by 10News – ABC San Diego KGTV on Wednesday, August 2, 2017
Post a Comment