PETALING JAYA: Jijik. Itu yang digambarkan netizen terhadap penemuan najis di sebalik timbunan ikan bilis yang dipercayai dijual di sebuah pasar raya di Rawang.
Baru² Ini VIRAL Gambar Najis Di Timbunan Ikan Bilis. Wakil Pasar Raya Tampil Jelas Cerita SEBENAR. |
Gambar menjijikkan itu menjadi tular di media sosial sejak Khamis selepas dimuatnaik seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nanmanjoi Hamzah.
“Mujur tak pergi ***. Agaknya malam-malam dilepasnya anjing bebas dalam kedai itu. *** jalan ke Rawang dari Sungai Choh itu,” tulisnya.
Penemuan najis pada ikan bilis itu mendapat kecaman di kalangan netizen dengan ada menganggap ia sebagai najis anjing.
ARTIKEL MENARIK: Jumpa Bayi Usia Sebulan Ini Di Tepi Jalan Raya Bawah Panas Terik. Apa Yg Ada Bersama Bayi Itu MENGEJUTKAN !!!
loading...
Sementara itu, jurucakap pasar raya tersebut yang dihubungi mStar Online mengesahkan insiden tersebut berlaku pada 22 September lalu, cuma gambar tersebut menjadi tular baru-baru ini.
Malah, dia turut menafikan najis tersebut adalah najis anjing seperti yang didakwa netizen.
Sebaliknya, dia berkata ia adalah najis kucing liar yang berjaya menyelinap masuk ke dalam pasar raya tersebut.
“Ia najis kucing bukan najis anjing seperti yang digembar-gemburkan di media sosial. Saya mewakili pihak pasar raya ini ingin memohon maaf kepada semua pelanggan di atas insiden itu,” katanya.
Jurucakap itu berkata, ikan bilis yang dicemari najis itu sudah pun dibuang dan ruang menempatkan ikan bilis berkenaan turut dibersihkan.
“Kami terima aduan pelanggan pada pagi 22 September lalu. Sejurus dapat aduan itu kami terus buang (ikan bilis) dan bersihkan lokasi yang dicemari najis itu,” katanya.
Jelas jurucakap itu, pihak pasar raya terbabit turut giat menjalankan operasi menangkap kucing liar yang menyelinap masuk ke dalam pasar raya tersebut agar insiden serupa tidak berulang kembali.
“Kami kini lebih berhati-hati. Beberapa langkah diambil seperti memastikan semua pintu atau tingkap di tutup rapat dan membuat perangkap bagi memastikan kucing liar tidak masuk ke dalam pasar raya ini,” katanya.
Kredit : Mstar Online
Post a Comment