Susulan kejadian seorang anak memukul ibunya demi mendapatkan wang, bapa remaja terbabit tampil membuat laporan polis. Malah, individu yang menyebarkan video itu juga telah meminta maaf dan memadamkan video itu dari akaun Facebooknya.
Viral video anak pukul ibu, bapa buat laporan polis |
KITA digemparkan dengan satu video remaja dengan ibunya yang benar-benar meruntun jiwa, menimbulkan perasaan marah dan geram sejak petang semalam. Bermula dengan memukul, kemudian melempar kata kesat, malah memanggil ibunya dengan perkataan kau, remaja terbabit tergamak bertindak sedemikian kerana wang.
“Sakit lah bang long,sakit lah...’ rayu ibunya tatkala dipukul.
Remaja itu kemudian mengangkat kerusi mengancam untuk menghempas kerusi itu ke tubuh ibunya sambil selepas itu menyebut perkataan lebam terhadap ibunya.
ARTIKEL MENARIK: Anak derhaka! Sanggup pukul ibu sendiri kerana tak diberikan duit
loading...
Nenek remaja itu hanya mampu mengungkapkan beberapa ayat termasuk ‘tumbuk muka nenek’ bagi membela si ibu.
Sementara itu, individu yang mendakwa menularkan video berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya atas perbuatannya itu.
Pemilik akaun Facebook Jejaka Sereng dalam kenyataannya di laman sosial itu berkata, dia memohon maaf kepada pihak keluarga remaja berkenaan kerana memuat naik video itu kira-kira jam 6 petang, semalam.
"Assalamualaikum kehadapan keluarga Syukri, saya ingin memohon maaf diatas kesilapan dan kesalahan saya kerana telah menviralkan (menularkan) video yang tidak sepatutnya saya postkan (muat naik) dilaman sosial facebook ini.
"Saya akui diatas kesalahan yang telah saya lakukan kerana menviralkan video tersebut.
"Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya berharap permohonan maaf ini diterima oleh pihak keluarga Syukri," katanya dalam kenyataan itu, empat jam selepas video berkenaan menjadi tular.
Pada kenyataan yang dimuat naik, Jejaka Sereng turut memberi komen bahawa dia memperoleh video berkenaan daripada rantaian pesanan yang bermula daripada adik remaja berkenaan.
"Video daripada seorang adik hantar kepada orang, sampai kepada saya, saya viralkan. Tapi saya ingin memohon maaf kerana menviralkan (menularkan). Rasa bersalah terhadap keluarganya kerana menviralkan. Maafkan atas apa yang berlaku," katanya dalam komen itu.
Terdahulu, Jejaka Sereng memuat naik video berkenaan dengan menyatakan kes itu berkaitan seorang remaja bernama Syukri memukul ibunya dalam kejadian jam 9 pagi.
Dia juga menyatakan kejadian berlaku di sebuah rumah di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang, serta meminta netizen untuk kongsikan video itu kerana terdapat pihak yang sedang mencari remaja berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bapa remaja berkenaan tampil membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga termasuk anak lelakinya selepas video terbabit tular dan dikecam orang ramai.
“Pengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu.
Menurutnya, pengadu dan isteri pengadu enggan tindakan diambil terhadap anak mereka atau mana-mana pihak. Ibu remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan pukulan kerana dipukul dengan tangan sahaja.
Video remaja memukul ibunya itu tular di laman sosial sejak petang hari ini sehingga menerima lebih 100,000 tontonan dalam tempoh empat jam dan menerima pelbagai reaksi netizen.
Sumber: Harian Metro & The Reporter
Sumber: Harian Metro & The Reporter
Post a Comment