Anak derhaka! Sanggup pukul ibu sendiri kerana tak diberikan duit

Anak derhaka! Sanggup pukul ibu sendiri kerana tak diberikan duit

KUALA LUMPUR - "Biadab!", itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang remaja lelaki yang sanggup memukul ibu kandungnya sendiri demi mendapatkan wang.

Anak derhaka! Sanggup pukul ibu sendiri kerana tak diberikan duit
Anak derhaka! Sanggup pukul ibu sendiri kerana tak diberikan duit

Video remaja lelaki yang dianggarkan berusia 16 tahun itu dilihat tergamak memukul ibunya beberapa kali hanya kerana wanita itu tidak menunaikan permintaannya yang meminta wang belanja di sekolah.

Video yang dimuat naik sejak jam 7.40 malam tadi, telah ditonton 55,000 kali dan dikongsi 630 netizen di laman Facebook dan difahamkan kejadian itu berlaku di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang.

ARTIKEL MENARIK: SATU MALAYSIA TERKEJUT ! Inilah hukuman TERDAHSYAT Yang Bakal Ditanggung Oleh Suspek Bakar Sekolah Tahfiz !

loading...


Mangsa yang sedang memakai seluar sekolah dengan tanpa belas kasihan memukul tanngan kiri ibunya tanpa mempedulikan rayuan mangsa yang meminta dia berhenti menyakitinya.

"Sakitlah Bang Long," kata mangsa.

Dalam video berdurasi 43 saat itu juga menunjukkan neneknya juga berada di ruang tamu itu menyaksikan cucunya itu menyakiti anaknya bertubi-tubi.

"Dah! Dah! Esok jangan sekolah. Tak payah sekolah. Ha, tumbuk muka nenek, tumbuk muka nenek yang tak nampak ni," kata neneknya.

Enggan terus dipukul remaja terbabit, mangsa terpaksa menyerahkan sebahagian duitnya, namun remaja itu meminta ibunya menyerahkan semua duit yang ada di dalam beg tangan itu.

Bukan sahaja tergamak sampai tangan pada ibu sendiri, malah remaja itu sanggup mencaci maki wanita itu, malah mengugut mahu mengancam mangsa jika tidak memberi kesemua wang yang dipinta.

Di media sosial, netizen mengecam tindakan biadab dan kurang ajar remaja terbabit yang tidak menghormati ibu kandungnya sendiri dan layak dilabelkan sebagai anak derhaka.

"Inilah hasilnya terlalu memanjakan anak. Hasil terlalu melayan anak seperti raja yang akhirnya menyebabkan ibu bapa menjadi hamba kepada anaknya sendiri," kata netizen.

1.jpg

2.jpg

Justeru, netizen mendesak pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap remaja terbabit.

The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post