Pelajar Pusat Tahfiz Ini Cerita DETIK CEMAS Selamatkan Diri Ketika Berlaku Kebakaran

Pelajar Pusat Tahfiz Ini Cerita DETIK CEMAS Selamatkan Diri Ketika Berlaku Kebakaran

KUALA LUMPUR: “Dia ada di belakang, dia juga yang suruh saya keluar dulu. Saya selamat, tapi dia tak selamat,” kata Adib Baqir Mohd Khalid, 14.

Pelajar Pusat Tahfiz Ini Cerita DETIK CEMAS Selamatkan Diri Ketika Berlaku Kebakaran
Pelajar Pusat Tahfiz Ini Cerita DETIK CEMAS Selamatkan Diri Ketika Berlaku Kebakaran

Remaja itu antara tujuh pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang terselamat dalam kebakaran mengorbankan 21 penuntut dan dua warden pusat itu pada 14 September lalu, termasuk rakan karibnya, Muhammad Danieal Md Amin, 14.

ARTIKEL MENARIK: SATU MALAYSIA TERKEJUT ! Inilah hukuman TERDAHSYAT Yang Bakal Ditanggung Oleh Suspek Bakar Sekolah Tahfiz !

loading...



“Masih terbayang (tragedi), memang takkan lupa. Teringat pada Danieal kerana saya rapat dengan dia,” kata Adib sayu, namun menegaskan dia akan tetap meneruskan pengajiannya di pusat tahfiz berkenaan.

Remaja itu yang baru sebulan setengah belajar di pusat tahfiz itu, berkata dia antara orang terakhir berjaya menyelamatkan diri walaupun tapak tangan kanannya melecur teruk.

“Tangan melecur kerana saya terpaksa pegang bingkai besi tingkap untuk keluar dari bilik yang terbakar,” katanya.

Dia ditemui pemberita selepas sesi pertemuan keluarga dan mangsa kebakaran dengan pengusaha produk kecantikan, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida di Surau Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, malam tadi.

Selain tangan dan siku kiri, Adib juga melecur pada belakang badan dan dirawat di HKL sebelum dibenarkan keluar 18 September lalu.

Ibunya, Siti Wahidah Ramli, 49, berkata anaknya bernasib baik kerana awal empat minit menyelamatkan diri dengan keluar daripada tingkap dan menuruni batang paip.

“Dia (Adib) ada bercerita dengan saya apa yang berlaku pagi itu. Ketika kejadian, dia sedang tidur sebelum terdengar seorang rakan menjerit memanggilnya.

“Kawan dia berjaya tanggalkan jeriji besi dan berjaya keluar. Namun rakan baiknya (Muhammad Danieal) menyuruhnya keluar dulu, gagal menyelamatkan diri.

“Dalam tempoh kira-kira empat minit, Adib berjaya keluar tapi rakan yang lain tidak,” katanya sambil menambah, dia hanya tahu Adib, 14, terselamat dalam kejadian itu selepas dihubungi HKL kira-kira jam 9 pagi.

“Semasa awal pagi itu, jiran ada beritahu mengenai kebakaran pusat tahfiz berkenaan dan dikatakan lebih 20 pelajar maut.

“Ketika itu saya rasa tidak tentu arah memikirkan nasib Adib, namun lega selepas terima panggilan daripada HKL menyatakan anak saya selamat.

“Dia (Adib) kuat walaupun masih terkesan dengan kejadian itu. Dengan sokongan keluarga serta rakan, emosinya bertambah baik,” katanya.

Seorang lagi pelajar yang terselamat, Muhammad Syamin Che Azmi, 18, pula menolak lembut pertanyaan wartawan untuk berkongsi pengalamannya mengenai tragedi berkenaan.

“Saya belum bersedia nak bercerita, biarlah apa yang berlaku itu terpahat dalam ingatan. Tiga tahun saya belajar di situ, saya rapat dengan semua (mangsa),” katanya sambil menundukkan muka cuba menahan sedih.

Muhammad Syamin melecur lengan serta telinga kanannya sehingga terpaksa dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dibenarkan keluar 19 September lalu.

Katanya, kecederaan yang dialami bukan kerana disambar api, tetapi kerana asap hitam bersama wap yang terlalu panas.

“Asap hitam itu terlalu panas, tiba-tiba saja rasa tangan saya membengkak,” katanya.

Ditanya sama ada akan meneruskan pengajiannya di pusat tahfiz yang sama, anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia belum pasti.

“Saya tak pasti akan sambung belajar di sini atau tidak, tetapi apa-apa pun akan belajar sampai habis kerana sepanjang hidup ini, saya akan belajar untuk agama,” katanya.

Sumber : Berita Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post