5 Syarikat di Malaysia Yang "Gulung Tikar" (Bahagian 2)

5 Syarikat di Malaysia Yang "Gulung Tikar" (Bahagian 2)

5 Syarikat di Malaysia Yang "Gulung Tikar" (Bahagian 2)

5 Syarikat di Malaysia Yang "Gulung Tikar" (Bahagian 2)
5 Syarikat di Malaysia Yang "Gulung Tikar" (Bahagian 2)

Kali ini, kami akan menyenaraikan lagi 5 jenama tempatan atau syarikat luar negara yang melabur di Malaysia yang terpaksa 'gulung tikar'. Kemerosotan nilai ringgit atau pelaksanaan cukai barangan dan perkihdmatan (GST) membuatkan orang ramai lebih berjimat dalam soal perbelanjaan. Jom kita semak nama-nama syarikat tersebut.

ARTIKEL MENARIK: Gadis Malang Dirogol Bergilir-Gilir Dan Dilacur RM 700 Kepada Warga Emas 82 Tahun

loading...

1. GEMFive



Sumber foto: marketing-interactive.com

Laman e-dagang tempatan, GEMFive juga telah 'menghentikan' operasi mereka baru-baru ini. Dilancarkan pada tahun 2015, Hong Leong Group membuat pelaburan berjumlah RM5 juta terhadap laman web ini. GEMFive menawarkan jualan atas talian pelbagai jenis produk seperti elektronik dan kosmetik.

Namun, persaingan sengit dengan laman e-dagang baru yang lain akhirnya membuatkan GEMFive 'kecundang' jua. Pelaburan besar laman e-dagang yang kerap menawarkan kupon diskaun seperti Lazada atau 11Street turut diramal sebagai punca.

Difahamkan, sehingga kini masih tiada apa-apa kenyataan yang dibuat oleh pihak GEMFive berhubung status rasmi operasi syarikat mereka.

2. Kedai Rakyat 1 Malaysia


Sumber foto: infokini.my

Beroperasi sejak tahun 2011, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditubuhkan bagi mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu. Berita penutupan kesemua 185 cawangannya di seluruh negara itu dibuat sejak bulan Julai setelah banyak aduan diterima tentang harga dan kualiti barangan yang dijual.

Bagaimanapun, penutupan tersebut hanyalah buat sementara waktu sahaja. Ini bagi menjalankan proses kiraan stok sedia ada dan menghantar semula barangan kepada pembekal.

Jangan risau, Program KR1M 2.0 akan dilancarkan pada tahun ini juga dengan menjanjikan lebih banyak pilihan barangan yang dijual pada harga lebih murah dari pasaran.

3. Bistro Delifrance


Sumber foto: hungrygowhere.my / mayonnaisehoot

Kedai roti dan kafe dari Perancis ini memulakan operasinya di Malaysia dengan sebanyak 20 cawangan sejak tahun 1990. Pada tahun 2013, ianya dijenamakan semula sebagai Bistro Delifrance.

Malangnya, ia hanya bertahan sehingga tahun 2016. Delifrance dimiliki oleh syarikat Grands Moulins de Paris serta mempunyai ratusan francais di sejumlah 20 buah negara seluruh dunia.

4. Bulgogi Brothers


Sumber foto: thehive.asia

Restoran barbeku terkenal dari Korea Selatan ini juga mengambil langkah menutup operasi di premis terakhirnya yang terletak di Paradigm Mall. Mereka bagaimanapun tidak memberitahu sebab untuk mengundurkan diri.

Restoran ini memulakan bisnes sejak tahun 2012 dengan 4 cawangan iaitu di Paradigm Mall, eCurve, Mid Valley Megamall dan Pavillion. Nampak gayanya, siapa yang nak merasa makanan Bulgogi Brothers kena lah pergi ke Seoul, Filipina ataupun Kanada selepas ini.

5. High 5


Sumber foto: freemalaysiatoday.com

Pada Jun 2016, kilang roti terkenal, High 5 mengalami nasib sama dengan menutup perniagaan mereka tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.

Mereka juga tidak melunaskan pampasan serta baki gaji para pekerja iaitu seramai 60 orang. Pekerja mereka dibuang kerja secara mendadak dengan bayaran saguhati berjumlah separuh dari gaji bulanan sahaja.


Difahamkan, High 5 merupakan jenama syarikat Silverbird Group Berhad iaitu syarikat pelaburan Tabung Haji. Tabung Haji membeli saham-saham di dalam Silverbird Group yang kini telah gulung tikar dan menanggung kerugian sebanyak RM90 juta.

Rujukan:


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post