Rogol Dan Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali, Bapa Bakal Dipenjara 3,000 Tahun

Rogol Dan Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali, Bapa Bakal Dipenjara 3,000 Tahun

Seorang bapa dijangka didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak membabitkan sekurang-kurangnya 600 dakwaan meliwat dan rogol anak perempuannya.

Rogol Dan Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali, Bapa Bakal Dipenjara 3,000 Tahun
Rogol Dan Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali, Bapa Bakal Dipenjara 3,000 Tahun

Lelaki terbabit yang berusia 37 tahun, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak dua tahun lalu, selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersama ekoran perceraian dengan isterinya.

ARTIKEL MENARIK: Terkejut Anu Dihisap Ketika Tidur, Lelaki Bangun Lalu Membunuh Rakannya

loading...

Suspek kini berada dalam tahanan reman selepas ditahan polis sejak 26 Julai lalu.

Dia ditahan polis selepas mangsa mendedahkan nasib malang menimpanya kepada ibu kandung, sejurus mengetahui bapanya itu berhasrat mengambil dua adiknya berusia sembilan dan 11 tahun untuk tinggal bersama.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata suspek akan berhadapan 632 pertuduhan membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 serta Akta Kanak-kanak 2016.

“Suspek akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak esok membabitkan 599 kesalahan meliwat serta satu dakwaan merogol.

“Dia juga berdepan 30 pertuduhan mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a)dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016,” katanya di sini.

Bagi tuduhan meliwat, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 377C, tertuduh boleh dipenjara di antara lima hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Berdasarkan 599 pertuduhan liwat yang dihadapinya, lelaki itu boleh berdepan hukuman penjara berjumlah hampir 3,000 tahun.

Bagi kesalahan rogol anak kandung atau sumbang mahram mengikut Seksyen 376B boleh dihukum penjara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan.

blogmazeer
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post