Razak Baginda Nafi Dituduh Di Mahkamah Perancis Kes Rasuah Kapal Selam

Razak Baginda Nafi Dituduh Di Mahkamah Perancis Kes Rasuah Kapal Selam

BANGI, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Penganalisis politik yang juga rakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Abdul Razak Baginda – menafikan beliau dituduh di mahkamah Perancis berhubung rasuah yang melingkari pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia pada 2002.

Razak Baginda Nafi Dituduh Di Mahkamah Perancis Kes Rasuah Kapal Selam
Razak Baginda Nafi Dituduh Di Mahkamah Perancis Kes Rasuah Kapal Selam

Dalam satu kenyataan lewat semalam, beliau menekankan bahawa siasatan berhubung kes rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 masih diteruskan dan tiada tuduhan rasmi dikenakan kepada mana-mana individu di mahkamah.

ARTIKEL MENARIK:Dr. Zambry Abdul Kadir Keturunan MAMAK Terguris Dengan Hinaan Zahid Hamidi? - Ini Pendedahan Terbaru!!!

loading...

“Laporan berita pada 19 Julai dan 1 Ogos lalu menyatakan individu terbabit dalam urusan jual beli itu sudah dituduh. Laporan itu disiarkan dalam media massa dan disalahtafsir. Istilah dituduh dalam konteks siasatan bermaksud meletakkan individu berkenaan di bawah siasatan rasmi,” katanya.

Proses undang-undang di Perancis berbeza dengan di Malaysia. Di Malaysia, suspek jenayah disiasat dan jika ada cukup bukti, suspek akan dituduh di mahkamah, katanya.

Perancis memulakan siasatan berhubung jual beli kapal selam itu pada 2010 selepas menerima aduan daripada kumpulan hak asasi manusia Malaysia, Suaram.

Abdul Razak sebelum ini dilaporkan menasihati Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan antara tahun 2000 hingga 2008 mengenai pembelian kapal selam berkenaan.

Najib juga memantau perjanjian bernilai hampir satu bilion euro atau AS$1.18 bilion (kira-kira RM5 bilion) untuk membeli dua kapal selam kelas Scorpene dan satu lagi kelas Agosta dari unit Tentera Laut Perancis – DCN – dari firma pertahanan Thales.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, DCN bersetuju membayar 30 juta euro kepada Thales International Asia (Thint Asia).

Siasatan itu turut mendedahkan bahawa satu lagi syarikat yang mana Razak Baginda adalah pemegang saham utamanya – Terasasi – juga menerima 30 juta euro yang dikatakan sebagai bayaran perundingan, tetapi penyiasat percaya ianya adalah untuk sogokan.

Agency France Press yang memetik sumber kehakiman berkata, Razak Baginda dituduh di Perancis pada 18 Julai lalu dengan ‘pembabitan aktif dan pasif dalam rasuah’ dan ‘menyeleweng aset korporat’.

Empat eksekutif industri pertahanan Perancis dilaporkan telah dituduh sejak siasatan dimulakan. Mereka ialah dua bekas Pengerusi DCNI, Philippe Japiot dan Dominique Castellan, manakala dia lagi adalah bekas ketua Thint Asia, Bernard Baiocco dan Jean-Paul Perrier. Mereka menafikan tuduhan itu.

Penyiasat Perancis juga meneliti tuduhan bahawa 114 juta euro (RM577 juta) dibayar kepada syarikat berpangkalan di Malaysia – Perimekar – sebagai sebahagian perjanjian itu. Pada masa itu syarikat berkenaan dikawal oleh isteri Razak baginda.

Portal Islam dan Melayu

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post