Pengebom bunuh diri sasar masjid Syiah, 30 maut, 60 cedera

Pengebom bunuh diri sasar masjid Syiah, 30 maut, 60 cedera

HERAT, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Sekurang-kurangnya 30 maut, manakala lebih 63 lagi cedera apabila penyerang bunuh diri meletupkan bom di sebuah masjid Syiah di barat Afghanistan, hari ini.

Pengebom bunuh diri sasar masjid Syiah, 30 maut, 60 cedera
Pengebom bunuh diri sasar masjid Syiah, 30 maut, 60 cedera

Terdahulu, jurucakap pejabat gabenor wilayah Herat, Jalani Farhad memberitahu bahawa jumlah kematian meningkat kepada 50 orang.

ARTIKEL MENARIK: Inilah Azab Dunia Dari Allah, 120 Anggota Tentera Israel Dijangkiti Penyakit Aneh, Kulit Melepuh, dan Sering Meraung Kepanasan

loading...

Sementara, Ahli Parlimen Herat, Mehdi Hadid pula menganggarkan jumlah kematian mencecah 100 orang selepas bom diletupkan di Masjid Jawadia.

Jurucakap polis Herat, Abdul Ahad Alizada berkata, serangan bom itu berlaku kira-kira jam 8 malam.

“Berdasarkan siasatan kami, dua penyerang, seorang memakai jaket berisi bom dan seorang lagi bersenjatakan raifal melakukan serangan itu,” katanya.

Serangan itu berlaku ketika kira-kira 300 orang sedang solat.

Jurucakap Taliban, Qari Yousaf Ahmadi menafikan mereka bertanggungjawab melakukan serangan itu. – Agensi

P.Islam dan Melayu
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post