Header Ads

Najib akan tipu pada PRU14, kata Tun M

loading...

SHAH ALAM, 20 Zulkaedah 1438H, Ahad – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Najib akan tipu pada PRU14, kata Tun M
Najib akan tipu pada PRU14, kata Tun M

Malah, katanya, Najib yang juga Pengerusi UMNO itu akan mencuba untuk merasuah rakyat supaya mengundi partinya.

ARTIKEL MENARIK: Asing Cawan Murid Islam Dan Bukan Islam. Ini Komen Mufti Perak Yang Buat Ramai Netizen TERPANA

loading...

“Saya tahu Najib akan tipu. Dia tak datang hari ini, kalau dia datang dia boleh nafi,” seloroh Dr Mahathir.

“Najib akan cuba rasuah untuk orang undi partinya dan akan buat janji palsu,” katanya pada program Nothing To Hide 2.0 yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam, di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketidakhadiran Najib pada program anjuran PPBM ini menunjukkan dengan jelas bahawa beliau mempunyai terlalu banyak ‘perkara’ untuk dirahsiakan.

Pada 5 Jun tahun lepas, Nothing to Hide di ibu negara juga menyaksikan ketidakhadiran Najib untuk berbahas dengan Dr Mahathir.

Najib tidak hadir ke acara dialog itu dan polis memberikan alasan keselamatan.

Manakala, Dr Mahathir juga diberhentikan ketika sedang berucap dan diiring keluar oleh pihak berkuasa.

Kredit

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.