"Zizie Ezette, Jangan Jahat Sangat" - Datuk Seri Bung Mokhtar
"Zizie Ezette, Jangan Jahat Sangat" - Datuk Seri Bung Mokhtar |
Umum mengetahui, Zizie Ezette merupakan isteri kepada Datuk Seri Bung Mokhtar, ahli politik dari Sabah.
ARTIKEL MENARIK:“Ni Baru Betul”- Reaksi Norman Hakim Bila Memey Berpurdah
loading...
Kini nama Zizie Ezette meningkat naik apabila membuat comeback di dalam drama Hero Seorang Cinderella yang sedang ditayangkan di Astro.
Drama Hero Seorang Cinderella sedang meletup-letup ratingnya apatah lagi dengan gandingan mantap Fazura dan juga Fattah Amin.
Zizie Ezette telah berlakon sebagai watak antagonis, atau watak jahat bernama Puan Sri Mawar yang merupakan ibu tiri kepada Fazura.
Oleh kerana watak jahatnya amat menjadi, suaminya telah memberi respon yang agak melucukan dengan mengatakan supaya Zizie Ezette jangan jadi jahat sangat.
Menurut Zizie, suaminya seperti tidak percaya kenapa dia boleh menjadi ‘sejahat’ itu dalam drama.
Ini komen dari Zizie Ezette : (Utusan)
"Setiap hari saya akan menghantar mesej pada suami bercerita mengenai penggambaran drama ini dan setiap hari jugalah dia akan cakap “jangan jahat sangat bah”.
"Rupa-rupanya suami saya sendiri terkejut dengan lakonan saya.
"Apa-apapun dia adalah suami yang sangat penyayang dan selalu memberi sokongan tidak berbelah bagi pada saya,”
Sememangnya hubungan Zizie Ezette dan suaminya amat mesra dan sweet sekali.
Untuk pengetahuan, sudah lapan tahun Zizie tidak berlakon setelah bergelar isteri dan ini merupakan drama pertamanya setelah jangka masa yang lama berehat.
Semeamangnya lakonan Zizie Ezette amat mantap dalam drama ini.
Drama Hero Seorang Cinderella kini hangat ditayangkan di Astro. Jom ramai-ramai tengok!
Post a Comment