Doktor Ditipu Dengan Licik Pembuli Arwah Zulfarhan ! Rupanya Mereka Dah Tutup Kesan Birat Dan Tapak Seterika Sebelum Dibawa Ke Klinik !

Doktor Ditipu Dengan Licik Pembuli Arwah Zulfarhan ! Rupanya Mereka Dah Tutup Kesan Birat Dan Tapak Seterika Sebelum Dibawa Ke Klinik !

Doktor Ditipu Dengan Licik Pembuli Arwah Zulfarhan ! Rupanya Mereka Dah Tutup Kesan Birat Dan Tapak Seterika Sebelum Dibawa Ke Klinik !

Doktor Ditipu Dengan Licik Pembuli Arwah Zulfarhan ! Rupanya Mereka Dah Tutup Kesan Birat Dan Tapak Seterika Sebelum Dibawa Ke Klinik !
Doktor Ditipu Dengan Licik Pembuli Arwah Zulfarhan ! Rupanya Mereka Dah Tutup Kesan Birat Dan Tapak Seterika Sebelum Dibawa Ke Klinik !


Penulisan penuh milik Warga Prihatin dimana Klinik yang dibawa oleh rakan arwah Zulfarhan

ARTIKEL MENARIK:'Kebenaran Pasti Ditegakkan' - Ini Luahan Hati Salah Seorang Penuntut Yang BEBAS Dalam Kes Pembunuhan Arwah Zulfarhan

loading...

SEORANG KADET TERBUNUH, MENTERI NAK JADI HERO, DOKTOR JADI KAMBING HITAM?

Kebelakangan ini, isu buli semakin menjadi trending di dalam media arus perdana dan media sosial. Bukan kerana ini musim orang membuli kerana gejala buli memang sedang berakar umbi, tetapi ini musim berita buli menjadi mainstream. Kerana itu media jadi rajin.

Kes kematian kadet tentera laut Allayarham Zulfarhan Osman Zulkarnain masih lagi panas dibincangkan dalam pelbagai media. Walaupun amat ‘dekat’ dengan kes ini, namun kami hanya berdiam diri. Malangnya semakin hari ia kelihatan semakin rumit dan perlukan satu perkongsian yang neutral. ANEH SEKALI bila kes mahasiswa dari UPNM ini mendapat perhatian lebih dari Kementerian Kesihatan berbanding dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) atau dari pihak UPNM sendiri.

Sehingga hari ini tiada satu pun kenyataan rasmi yang menjelaskan duduk perkara sebenar dalam kes ini dari pihak MINDEF atau UPNM selain daripada menyerahkan perkara ini untuk siasatan lanjut. Hanya ada seorang bekas pensyarah UPNM yang menyatakan sebenarnya kes buli seperti ini adalah perkara biasa di UPNM, cuma selama ini beritanya tidak ‘terlepas keluar’. Beberapa rakan UPNM yang kami temui juga turut ‘membenarkan’ kenyataan itu.

SATU PENGANIAYAAN SEPERTI MAHU DIGANTI DENGAN PENGANIAYAAN LAIN

Tidak semena-mena, YB Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pula seperti bangkit menjadi hero yang tidak terjangka. Beliau menyelar tindakan seorang doktor dari klinik swasta di Bangi sebagai telah melanggar ‘Standard Operation Procedure’ (SOP) dalam bidang perubatannya. Beliau mengatakan bahawa doktor itu sepatutnya melaporkan kepada pihak polis tentang kecederaan yang mempunyai unsur jenayah.

PERDIM (Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia) menyatakan kekesalan mereka terhadap menteri yang membuat kenyataan umum untuk memanggil doktor yang dikatakan telah melanggar SOP.

Sementara itu pihak MMA (Persatuan Doktor Malaysia) pula berkata setiap doktor tertakluk kepada akta yang ditetapkan, khasnya tentang kerahsiaan pesakit. Tetapi apabila ditanya wartawan mengapa doktor terbabit kekal berdiam dan tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan? lalu dijawab menteri, "Mungkin kerana doktor itu takut akan ditangkap".

Sehingga ke hari ini, kenyataan menteri itu masih kekal tanpa tindakan. Doktor ini masih belum dipanggil lagi oleh sesiapa pun dari KKM. Kerana itu kami lihat aneh sekali kenyataan seorang menteri. Perkara belum dibincangkan, siasatan dalaman belum berjalan, tetapi Pak Menteri dah keluarkan kenyataan?

Adakah menteri yang juga seorang doktor ini tidak mengetahui ikrar dan etika seorang doktor yang tertakluk untuk merahsiakan segala informasi pesakitnya? Atau apa sebenarnya motif beliau yang memberi jawapan seolah-olah doktor ini ketakutan seperti telah melakukan satu kesalahan?

LALU APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU?

Untuk pengetahuan semua, klinik yang sama juga merupakan klinik yang telah menaja segala urusan perubatan dan kesihatan 250 orang Warga Prihatin semenjak 2 tahun yang lalu. Bukan RPWP sahaja, malah ada banyak lagi rumah kebajikan lain yang menerima khidmat percuma dari beliau. Kami kenal sangat dengan peribadi dermawan dan kesukarelawan doktor ini.

Selama mengenali beliau, doktor ini adalah antara yang paling teliti dalam perawatannya dan amat santun dalam bicaranya. Peralatannya boleh dikatakan antara yang terkehadapan dan cukup lengkap. Tidak mustahil sehingga ke hari ini pelbagai sokongan diberikan kepada klinik terbabit terutamanya yang mengenali hati budi mereka. Justeru, tentulah agak mustahil beliau akan tergamak melindungi sebarang kes jenayah dari pesakitnya yang teraniaya jika beliau tahu itu yang sebenarnya berlaku.

Dalam perbualan tidak rasmi semasa kami bersama-sama menyerahkan BANTUAN HARI RAYA melalui PROJEK PELANGI, doktor ini nyatakan bahawa kecederaan mangsa buli itu bukan seperti yang digambarkan oleh media di mana seolah-olah di seluruh badan mangsa mempunyai ‘kesan berbentuk’ tapak seterika.

Masakan kes buli yang sungguh professional, yang melibatkan hampir satu ‘batch’ pelajar ini meninggalkan jejak buli dengan biratan pukulan dan kesan 'tapak sterika'? Pembuli ‘terpelajar’ ini tidak sebodoh itu untuk membiarkan doktor ‘tahu’ apa sebenarnya yang berlaku.

Menjadi SOP seorang doktor untuk menyelidik punca (history) kecederaan. Malangnya mangsa dan rakan-rakannya mendakwa ia berlaku disebabkan kemalangan semasa dalam latihan ketenteraan yang melibatkan bahan letupan lima hari sebelum itu.

Bukan itu sahaja, kawan-kawan mangsa memperkenalkan diri sebagai Pegawai Tentera Di Raja Malaysia dari Port Dickson. Mereka menyatakan telah ada rawatan dibuat di premis kesihatan di Port Dicskon. Menilai pada kesan, memang dakwaan itu boleh dipercayai kerana ia kelihatan seperti kesan terkena wap panas dan ada kesan dirawat menggunakan antiseptik. Rupanya itu dikatakan sengaja dilakukan oleh ‘pembuli’ bagi menutupi kesan lebam akibat pukulan ke atas tubuh mangsa sebelumnya.

Semasa doktor arahkan agar kes ini DIRUJUK SEGERA ke hospital menggunakan ambulan, mangsa dan rakannya enggan kerana khuatir akan ada laporan kecuaian yang berlaku di dalam praktis Angkatan Tentera. Katanya ini boleh menyebabkan reputasi ATM tercalar.

Sebagai seorang yang menghormati ATM lalu apalagi yang boleh beliau lakukan jika itu kehendak pesakit?

Dengan persetujuan mangsa, mereka meminta doktor untuk membuat rawatan awal berupa ‘dressing’ dan ‘bandage’ sebelum dirujuk ke hospital dengan alasan untuk memudahkan pergerakan ke hospital. Tiada isu untuk rawatan susulan kerana mangsa sudah dirujuk ke hospital!.

MALANGNYA, pembuli ini bukan membawa mangsa ke hospital seperti yang diarahkan, tetapi ‘menyimpan’ mangsa di rumah sebelum datang kali kedua dengan lakonan yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Tahukah anda betapa kesalnya doktor ini setelah tahu cerita sebenar? Beliau kesal kerana kecederaan itu sebenarnya mudah dirawat. Tanpa mengira kos yang ditanggung, beliau gunakan kaedah dan bahan rawatan terbaik untuk mangsa. Seorang murobbi RPWP pernah terbakar apabila hose gas pecah dan menerima rawatan yang serupa. Daripada jangkaan tempoh sembuh sekitar 7 hari, beliau sudah boleh bekerja semula selepas 3 hari. Begitu berkesannya kaedah rawatan beliau untuk kes sebegini.

Lebih menarik lagi, atas dasar simpati, doktor ini terima sahaja bayaran seadanya dengan diskaun lebih dari 75% apabila kesemua mereka mengatakan tidak cukup wang. Ini benar-benar "seperti menolong anjing tersepit" jadinya.

Ternyata doktor ini telah ditipu oleh para pembuli. Tidak dinafikan juga kemungkinan adanya elemen paksaan terhadap mangsa oleh para pembulinya. Justeru apa untungnya untuk doktor ini melindungi kes jenayah jika beliau tahu cerita sebenar? Kerana wang? pangkat?

Semasa kami bertemubual, doktor terbabit baru sahaja selesai beri keterangan kepada pihak polis. Beliau telah memberikan segala keterangan sebagai seorang doktor secara beretika, hanya kepada pihak berkuasa sahaja. Bukan menulisnya di dalam Facebook, instagram, twitter atau kepada pihak media.

Salah satu dari sesi temubual pihak polis dilakukan di hadapan para suspek. Sewaktu diberi peluang berbicara dengan suspek utama, doktor itu hanya katakan padanya, “Kau tipu aku ya?” lalu suspek utama terus tunduk dan menangis. Secepat itu pihak polis sudah faham apa yang sebenarnya berlaku. Inilah kebijaksanaan doktor yang tidak mahu ‘cakap banyak’. Kerana itu juga beliau enggan bercakap dengan para wartawan yang bertunggu tangga di depan kliniknya kerana dikhuatiri akan lebih menyulitkan lagi kerja pihak berkuasa.

Itulah hal sebenarnya. Semua itu ialah satu penipuan yang licik sehingga KELENTONG PEMBULI ini tidak meragukan sang doktor sama sekali. Mangsa juga boleh ‘berjalan sendiri’ ketika melangkah masuk ke klinik walaupun dalam keadaan 80% badannya mengalami ‘3rd degree burn’.

KESIMPULAN

Ada banyak persoalan yang timbul dalam pemikiran umum seperti kami. Kami yakin, khalayak pembaca semuapun mempunyai persoalan yang sama.

1. Mengapa UPNM kekal senyap tanpa sebarang UPDATE?

2. Mengapa KKM pula yang bangkit jadi hero?

3. Kenapa media menumpu kepada para doktor untuk setiap kes 'medicolegal' yang melibatkan pegawai perubatan? Bukankah mereka tahu bahawa doktor tidak dibenarkan bercakap atau membuat kenyataan atas etika dan sumpah profesional mereka sebagai doktor yang menjaga kerahsian pesakit? Tidakkah itu seolah-olah menyuruh orang bercakap dengan mulut yang ditampal plaster?

4. Bagaimana seketat kawalan ketenteraan di UPNM masih lagi boleh terlepas pandang terhadap kes melibatkan pembuli yang begitu ramai dan kecederaan sebesar itu? Di mana peranan 'roll call & head count?

5. 36 orang suspek yang ditahan, tetapi mengapa hanya 6 orang sahaja yang didakwa?

6. Benarkah dakwaan mangsa bahawa kemalangan itu dari kecuaian semasa latihan ketenteraan?

7. Mungkinkah 6 orang itu hanya kambing hitam sahaja?

8. Mungkinkah 6 orang ini akan dilepaskan juga secara perundangan dan secara senyap nantinya?

9. Apakah yang sebenarnya berlaku apabila menteri KKM berusaha mengalihkan drama dari UPNM ini kepada KKM secara bersungguh-sungguh? Adakah untuk menjadi hero? Ataupun ada agenda khusus untuk melindungi sesuatu?

10. Menurut pertuduhan yang dibacakan, penderaan maut ini berlaku 4.45-5.45 pagi 22 Mei 2017. Mangsa hanya dibawa berjumpa doktor pada 27 Mei. Persoalannya, mengapa doktor yang bertemu mangsa kurang dari 1-2 jam sahaja yang dipersalahkan? Di mana lagi saksi yang terbabit selama 6 hari sebelum itu?

Oleh itu kami menyeru supaya kes ini tidak di’tunggang’ oleh mana-mana pihak yang berkepentingan politik atau peribadi, sehingga menindas orang-orang yang tidak bersalah.

Biarkanlah pihak polis sahaja yang membuat siasatan secara telus dan mahkamah membuat keputusan tentang kes penganiayaan ini. Janganlah ada campurtangan pihak lain yang boleh membawa kepada suatu ‘penganiayaan baru’ pula.

Sesungguhnya, orang yang pemurah dan suka bersedekah adalah orang yang bersih hatinya dan sentiasa berusaha membersihkan dirinya. Golongan ini tidak sekali-kali akan terpancing untuk bersubahat dengan jenayah mahupun pecah amanah. Kami menyaksikan sifat murni itu ada pada doktor ini.

Mahu katakan RPWP 'bias' silakan. Namun apa yang kami tulis adalah satu kebenaran untuk menafikan satu 'BIAS' atau fitnah yang telah lebih dahulu 'tercipta' sebelum ianya lebih jauh tersebar merata-rata.

Sesungguhnya “doa orang yang teraniaya dan doa anak yatim adalah antara doa yang segera diterima”. Kami berdoa agar Allah melindungi doktor ini dari fitnah liar oleh pihak-pihak yang berkepentingan diri.

Allahumma Amiin,
WARGA PRIHATIN
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post