Kembali mengingati peristiwa tahun 90-an, dunia gempar dengan berita seorang bayi berumur 2 bulan dari keluarga Katholik di Afrika yang menolak dibaptiskan.
Syarifuddin Khalifa kini telah dewasa, Bayi ajaib bukan-Muslim Afrika |
ARTIKEL MENARIK:Lelaki ini dibakar hidup-hidup kerana solat, namun lihat apa yang terjadi kepadanya setelah dibakar sungguh memeranjatkan
loading...
Ayah dan ibunya, Domisia-Francis, kebingungan. Kemudian didatangkan seorang pendeta untuk bercakap dengan bayinya itu: "Are You Isa?" (Adakah kamu Isa?).
Kemudian dengan tenang si bayi Syarifuddin menjawab: "No, I'M not Isa. I'M created by God. God, The same God who created Jesus "(Tidak, aku bukan Isa. Aku dicipta oleh Tuhan, Tuhan yang sama dengan yang mencipta Isa). Masa itu ribuan umat Kristian di Tanzania dan sekitarnya dipimpin budak ajaib itu mengucapkan dua kalimah syahadah.
Budak Afrika kelahiran 1993 itu di lahirkan di Tanzania Afrika, anak keturunan bukan Muslim. Sekarang bayi itu sudah remaja, setelah ribuan orang di Tanzania-Kenya memeluk agama Islam berkat dakhwahnya semenjak kecil. Syarifuddin Khalifah namanya, bayi ajaib yang mampu bercakap pelbagai bahasa seperti Arab, Inggeris, Perancis, Itali dan Swahili. Ia pun pandai berceramah dan menterjemahkan al-Quran ke pelbagai bahasa tersebut. Hal pertama yang sering dia ucapkan adalah: "anda bertaubat, dan anda akan diterima oleh Allah swt."
Syarifuddin Khalifah hafal al-Quran 30 juz di usia 1 tahun setengah dan sudah menunaikan solat 5 waktu. Di usia 5 tahun ia mahir berbahasa Arab, Inggeris, Perancis, Itali dan Swahili. Satu bukti kuasa Allah untuk menjadikan manusia boleh bercakap dengan pelbagai bahasa tanpa perlu diajar.
a. Latar Belakang Syarifuddin Khalifah
Mungkin anda hairan bahkan tidak percaya, jika ada orang yang mengatakan bahawa di zaman moden ini ada seorang anak dari keluarga bukan Muslim yang hafal al-Quran dan boleh solat pada umur 1 tahun setengah, menguasai lima bahasa asing pada usia 5 tahun, dan telah mengislamkan lebih dari 1,000 orang pada usia yang sama. Tapi begitulah kenyataannya, dan oleh itu dia disebut sebagai budak ajaib; sebuah tanda kebesaran Allah swt.
Syarifuddin Khalifah, namanya. Ia dilahirkan di bandar Arusha, Tanzania. Tanzania adalah sebuah negara di Afrika Timur yang berpenduduk 36 juta orang. Sekitar 35% penduduknya beragama Islam, disusuli Kristian 30% dan selebihnya pelbagai kepercayaan terutama animisme. Namun, bandar Arusha tempat kelahiran Syarifuddin Khalifah, majoriti penduduknya beragama Katolik. Yang kedua adalah Kristian Anglikan, kemudian Yahudi, baru Islam dan terakhir Hindu.
Seperti kebanyakan penduduk Ashura, ibu bapa Syarifuddin Khalifah juga beragama Katolik. Ibunya bernama Domisia Kimaro, manakala ayahnya bernama Francis Fudinkira. Suatu hari di bulan Disember 1993, tangisan bayi membahagiakan keluarga itu. Sedar bahawa bayinya lelaki, mereka lebih gembira lagi.
Sebagaimana penganut Katolik lain, Domisia dan Francis juga menyambut bayinya dengan ritual-ritual Nasrani. Mereka pun berkeinginan membawa bayi comel itu ke gereja untuk dibaptis secepatnya. Tidak ada yang aneh saat mereka melangkah ke Gereja. Namun ketika mereka hampir memasuki altar gereja, mereka dikejutkan dengan suara yang aneh. Ternyata suara itu adalah suara bayi mereka. "Mama usinibibaptize, naamini kwa Allah wa jumbe wake Muhammad!" (Ibu, tolong jangan baptis saya. Saya adalah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, Muhammad).
Mendengar itu, Domisia dan Francis gementar. Keringat dingin bercucuran. Setelah saling berpandangan dan sedikit perbincangan, mereka memutuskan untuk membawa kembali bayinya pulang. Tidak jadi membaptisnya.
Awal Mac 1994, ketika usianya melewati dua bulan, bayi itu selalu menangis ketika hendak disusui ibunya. Domisia merasa bingung dan bimbang bayinya kurang zat jika tidak mahu minum susu ibu. Tetapi, pemeriksaan doktor menyatakan dia sihat. Kebimbangan Domisia merosot. Bayinya sihat tanpa kekurangan suatu apa pun. Tidak ada penjelasan mengapa Allah mentakdirkan Syarifuddin Khalifah tidak mahu minum susu ibu daripada ibunya selepas dua bulan.
Di tengah kebiasaan bayi-bayi belajar mengucapkan satu suku kata seperti panggilan "Ma" atau lain-lain, Syarifuddin Khalifah pada usianya yang baru empat bulan mulai mengeluarkan lafaz-lafaz aneh. Beberapa jiran serta keluarga Domisia dan Francis kehairanan melihat bayi itu bertutur. Mulutnya bergerak pelan dan berbunyi: "Fatuubuu ilaa baari-ikum faqtuluu anfusakum dzaalikum khairun lakum 'inda baari-ikum, fataaba' alaikum innahuu huwattawwaburrahiim."
Orang-orang yang takjub menimbulkan ketegangan sementara namun kemudian mereka diam dalam keheningan. Malangnya, waktu itu mereka tidak mengetahui bahawa yang dibaca Syarifuddin Khalifah adalah QS. al-Baqarah ayat 54.
Domisia bimbang anaknya dirasuk syaitan. Ia pun membawa bayi itu ke paderi, namun tetap saja Syarifuddin Khalifah mengulang-ulang ayat itu. Hingga kemudian cerita bayi dirasuk syaitan itu terdengar oleh Abu Ayub, salah seorang Muslim yang tinggal di kawasan itu. Ketika Abu Ayub datang, Syarifuddin Khalifah juga membaca ayat itu. Tiada kuasa melihat tanda kebesaran Allah, Abu Ayub sujud syukur dekat bayi itu.
"Francis dan Domisia, sesungguhnya anak kamu tidak dirasuk syaitan. Apa yang dibacanya adalah ayat-ayat al-Qur'an. Intinya ia mengajak kalian bertaubat kepada Allah, "kata Abu Ayub.
Beberapa waktu selepas itu Abu Ayub datang lagi dengan membawa mushaf. Dia memperlihatkan kepada Francis dan Domisia ayat-ayat yang dibaca oleh bayinya. Mereka berdua menangguh waktu dalam pergelutan batin untuk beriman. Keduanya pun akhirnya mendapatkan hidayah. Mereka masuk Islam. Sesudah masuk Islam itulah mereka memberikan nama untuk anaknya sebagai "Syarifuddin Khalifah".
Keajaiban seterusnya muncul pada usia 1 tahun setengah. Ketika itu, Syarifuddin Khalifah mampu melakukan solat serta menghafal al-Quran dan Bible. Lalu pada usia 4-5 tahun, dia menguasai lima bahasa. Pada usia itu Syarifuddin Khalifah mula melakukan safari dakwah ke pelbagai penjuru Tanzania hingga ke luar negeri. Hasilnya, lebih dari seribu orang masuk Islam.
b. Kisah Nyata Syarifuddin Mengislamkan Ribuan Orang
Kisah nyata ini terjadi di Daerah Pumwani, Kenya, tahun 1998. Ribuan orang telah berkumpul di lapangan untuk melihat budak ajaib, Syarifuddin Khalifah. Usianya baru 5 tahun, tetapi namanya telah menjadi buah bibir kerana pada usia itu ia telah menguasai lima bahasa. Oleh umat Islam Afrika, Syarifuddin digelar Miracle Kid of East Africa.
Perjalanannya ke Kenya saat itu merupakan sebahagian dari rangkaian safari dakwah ke luar negeri. Sebelum itu, ia telah berdakwah ke hampir seluruh bandar di negaranya, Tanzania. Masyarakat Kenya mengetahui keajaiban Syarifuddin dari mulut ke mulut. Tetapi tidak sedikit juga yang telah menyaksikan budak ajaib itu melalui Youtube.
Orang ramai agaknya tak sabar menanti. Mereka melihat-lihat dan menyelidik sama ada kereta yang datang membawa Syarifuddin Khalifah. Beberapa waktu kemudian, Syaikh kecil yang mereka nantikan akhirnya tiba. Ia datang dengan pengawalan ketat seperti seorang presiden.
Ribuan orang yang menanti Syarifuddin Khalifah rupanya bukan hanya orang Muslim. Tak kurang orang-orang Kristian yang ikut hadir kerana rasa ingin tahu mereka. Mungkin juga kerana mereka mendengar bahawa budak ajaib itu dilahirkan dari keluarga Katolik, tetapi hafal al-Quran pada usia 1 tahun setengah. Mereka ingin melihat Syarifuddin Khalifah secara langsung.
Ditemani Haji Maroulin, Syarifuddin menuju khemah yang sudah disiapkan. kegembiraan masyarakat Kenya tampak jelas dari keghairahan mereka menyambut Syarifuddin. Wajar jika anak sekecil itu mempunyai wajah yang comel. Tetapi bukan hanya comel. Ada kewibawaan dan ketenangan yang membuat orang-orang Kenya takjub dengannya. Mengalahkan kematangan orang dewasa.
Kini saatnya Syaikh kecil itu memberikan taushiyah. Tangannya yang dari tadi bermain jari-jarinya, berhenti apabila namanya disebut. Ia bangkit dari kerusi menuju podium.
Setelah salam, ia memuji Allah dan berselawat kepada Nabi. Bahasa Arabnya sangat fasih, diakui oleh para ulama yang hadir pada kesempatan itu. Hadirin benar-benar takjub. Bukan hanya kagum dengan kemampuannya berceramah, tetapi juga isi ceramahnya membuka mata hati orang-orang Kristian yang hadir pada saat itu. Ada seberkas cahaya hidayah yang masuk dan menelusup ke jantung nurani mereka.
Selain pandai menggunakan ayat al-Quran, sesekali Syarifuddin juga mengambil kitab suci agama lain. Membuat pendengarnya terbawa untuk menyemak semula kebenaran teks ajaran dan keyakinannya selama ini.
Setelah ceramah selesai, orang-orang Kristian mengajak berdialog dengan budak ajaib itu. Syarifuddin melayani mereka dengan baik. Mereka bertanya tentang Islam, Kristian dan kitab-kitab terdahulu. Si Syaikh kecil mampu memberikan jawaban yang memuaskan. Dan itulah saat-saat hidayah. Ratusan penganut Kristian yang telah berkumpul di sekitar Syarifuddin mengucapkan syahadah. Bersalaman tangan salah seorang perwakilan mereka, Syarifuddin menuntun syahadat dan mereka mengikut: "Asyhadu an laa ilaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasuulullah."
Syahadat agak tergagap-gagap. Tetapi hidayah telah membawa iman. Mata dan pipi pun menjadi saksi, air mata mula berlinang oleh luapan kegembiraan. Menjalani hidup baru dalam Islam. Takbir dari ribuan kaum muslimin yang menyaksikan peristiwa itu terdengar membahana di bumi Kenya.
Bukan kali itu sahaja, orang-orang Kristian masuk Islam melalui perantaraan budak ajaib Syarifuddin Khalifah. Di Tanzania, Libya dan negara lain kisah nyata itu juga terjadi. Jika dijumlah, melalui dakwah Syarifuddin Khalifah, ribuan orang telah masuk Islam. Ajaibnya, itu terjadi ketika usia Syaikh kecil itu masih 5 tahun.
Para ulama dan habaib sangat menyokong dakwah Syaikh Syarifuddin Khalifah. Bahkan ulama besar seperti al-Habib ali al-Jufri pun rela meluangkan waktunya untuk bertemu anak ajaib yang kini remaja dan berjuang dalam Islam. (Dipetik dari buku Mukjizat dari Afrika, Bocah yang Mengislamkan Ribuan Orang; Syarifuddin Khalifah).- TawauNet
Post a Comment